Khamis, 11 Disember 2014

Koleksi kedua bawal aidijuma

Van pos laju datang opis.. heeeee senyum lebar la nak kata apa.. barang yang diorder dah sampai..
Jeng..jeng jeng.. tudung lagi.. Marah di suami je kalau tahu ni.. tudung berlambak-lambak asyik-asyik pakai yang sama tu jugak.. 

Jom tengok koleksi kedua fiza. Comel tak? heeee


1) Wl Balloon Tattoo
2) Wl Love Safari
3) Gl Daisy Turquoise
4) Wl Gentleman 

hehe.. kalau ada siapa-siapa yang let go Wl Ribbon Eiffel dan



Red label Pink Eiffel pun gojes kan. Beritahu fiza ye sebab hunting jugak design ni.. Sedih sebab tak dapat.. Nanti Whatsapp fiza ye 0179748731. TQ

LANGKAH-LANGKAH PENJAGAAN TUDUNG BAWAL


1. Sebaik-baiknya dicuci dengan tangan.Elakkan dicuci dengan mesin basuh kerana boleh menyebabkan sulaman menjadi tidak cantik dan kemungkinan manik2 batu berlian mungkin tertanggal.

2. Cara mencuci tudung bawal cukup senang dan mudah. Campurkan sedikit sabun pencuci dengan air yang banyak.Rendam Seketika. Selepas dibilas boleh terus dijemur. Gunakan pencuci yang lembut dan diikuti dengan bahan pelembut untuk bilasan ter akhir.

3. Elakkan mencampur tudung dengan kain yang lain semasa mencuci.

4. Sidai ditempat yang teduh.cukup sekadar men aginkan utk ia kering.

5. Guna suhu yang sederhana sahaja apabila mengunakan seterika tuk menggosok tudung bawal.

6. Simpan dengan mengantunggkan nya di dalam almari pakaian.

7. Gunakan pin yang tajam untuk mengelak struktur benang nya rosak.

8. Elakkan memakai tudung ketika rambut basah.

credit

Jumaat, 5 Disember 2014

Info Vitamin E

Vitamin E juga terkenal dengan Vitamin Cinta. Apa kelebihan Vitamin E sampai orang panggil vitamin cinta ni?? Hehe

Menurut kajian, badan kita memerlukan 400IU Vitamin E. Mana nak dapat Vitamin E dengan jumlah tu? Jawapannya adalah daripada 1 kilogram gandum, 500ml minyak safflower, 8 kilogram bayam dan 500g badam. Haaa,boleh ke nak telan semua tu? Haha

Ok sekarang semua mudah. Tak perlu la nak makan 1 kilogram gandum bagai kan. Cuma perlu ambil sebiji Vitamin E Complex daripada Shaklee setiap hari untuk melengkapkan keperluan Vitamin E.

Vitamin E Shaklee setakat ini adalah Vitamin E paling lengkap berada dipasaran. Ia diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E. Ia mengandungi Vitamin E (d-alfa tocopherol) yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis Vitamin E (alpha,beta, gamma dan delta).  Satu info yang paling penting adalah Vitamin E Shaklee dilengkapi dengan 10mcg selenium. Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan Vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapatkan kesan yang optimum. Kebanyakan Vitamin E dipasaran tanpa selenium. Jadi perlu bijak memilih.

Vitamin E Complex Shaklee juga mempunyai tambahan Grape Seed Extract yang 20 kali lebih berkuasa dari Vitamin E dan 50 kali lebih berkuasa dari Vitamin C. Dalam erti kata lain, minyak biji anggur ini sangat berkesan dalam mengatasi masalah kanser dan amat baik untuk awet muda. Yang paling best, Vitamin E Shaklee bebas daripada perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

Anda yang dah baca informasi tentang Vitamin E pasti akan jatuh cinta!

Khamis, 4 Disember 2014

Tutorial bawal jadikan seperti shawl

Petang-petang camni nak usha tudung bawal camana nak belit2 macam shawl. Cantik kalau kena gayanya.. Lilitan pun perlu kemas .. Meh tengok sini.












Comelkan gojes je si pemakai ni..Nanti fiza cuba dulu ye.. okla..BYE.

Hilangkan kesan pin pada tudung bawal

Nak pakai tudung bawal ni senang pin saja tapi kainnya perlu digosok dulu,.kalau tak ada pula kesan lipatan.

Hmm. cakap pasal pin tudung.. selalu berbekaskan tempat kita dah pin tu. Sayang sangat tudung bawal tu mula2 nak beli belek design, jenis kainla.  Last-last dapat kat kita baru dua tiga kali pakai dah macam hape je rupanya.

 Nak bagi tips lagi buat peminat tudung bawal ni. Jom try cara nak hilangkan kesan pin pulak..kikiki.

credit

Kesan pin ni pun bermasalah jugakkan nak share juga apa yang kita boleh buat dengan pin tudung tu supaya benang pada tudung bawal tak tercarik. Boleh try camni..

Gambar ihsan dari facebook.
Boleh digantikan dengan manik
Selain dari tu kalau ada beli subang pelapik belakang macam ni pun boleh masukkan dalam pin tudung sebagai pelapik . 
Selamat Mencuba.. 
#SHARINGISCARING

Petua Hilangkan kesan karat pada pakaian

Assalamualaikum dan selamat pagi hari ini fiza nak share tentang kesan karat pada pakaian.
Selalunya pakaian yang berwarna putih selalu macam ni.. Baju sekolah terutama sekali .
Apa punca kesan karat pada pakaian ni?
Pakaian yang disimpan lama biasanya mempunyai kesan karat di bahagian lipatan.
Kesan karat juga boleh terkena pada pakaian jika tempat sidaian besi itu sendiri berkarat.

Jom tengok petua nak hilangkan kesan karat pada pakaian . Mungkin boleh membantu uolls yang mempunyai masalah ni.


Petua Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Anda menghadapi masalah membersihkan kesan karat pada pakaian?
Cubalah petua-petua di bawah untuk menghilangkan kesan karat pada pakaian.

Petua Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian 1:
Sapukan sabun mandi pada bahagian yang terkena karat hingga menutupi kawasan yang berkarat sepenuhnya. Kemudian rendam ke dalam air yang telah diperah limau nipis atau limau kasturi. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

Petua Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian 2:
Tenyeh buah belimbing buluh yang telah masak pada bahagian pakaian yang terkena karat. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

Petua Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian 3:
Taburkan garam pada bahagian yang terkena karat dan percikkan cuka pada bahagian pakaian yang terkena karat. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

Petua Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian 4:
Gosok isi limau nipis pada bahagian yang terkena karat dan kemudian rendam pakaian itu dalamair garam. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

Credit

Rabu, 3 Disember 2014

Hilangkan kesan putih di tudung bawal

Assalamualaikum selamat pagi

Hari ini saya nak kongsikan cara untuk menghilangkan kesan garisan putih pada tudung bawal.

Kesan garisan putih ini bukanlah disebabkan oleh warna kain luntur tetapi disebabkan benang yang terbalik.

Jom cuba jaya hilangkan kesan garisan putih tudung bawal ni.


Ni kesan garisan putih pada tudung bawal White Label Safari Love Aidijuma


Sediakan duit syiling

Ambil duit syiling tersebut dan gores pada kesan putih tu . Buat secara berhati-hati jangan kasar-kasar ikut arah benang tu samaada ke kiri atau ke kanan.. senget sikit buat sampai benang tu masuk balik ke tempat asal.

Tadaaa!!! kan dah hilang kesan putih tu..