Isnin, 23 Jun 2014

[Ibu & Mind Set PENYUSUAN]  

Agak sedih bila tengok bakal2 ibu dan ibu2 yg nk menyusukan anak,terlalu berkira utk ambil SUPPLEMENT, MAKANAN SUNNAH..mungkin terlalu yakin yg susu akan keluar melimpah ruah slps bersalin..bkn semua ibu akan dpt peluang cmtu..tgk blk NIAT si ibu camne.daripada time mengandung lg ke dh ada niat nk menyusukan bby?klu dh ada niat,ape plk yg si ibu2 buat utk jayakan niat tu?ada x mantapkan ilmu2 penyusuan?  

Jgn menyalahkan suplemen,makanan sunnah dan milkbooster lain klu si ibu tak berjaya..dlm penyusuan,cubalah fahamkan konsep DEMAND vs SUPPLY. Suplemen dan makanan sunnah adalah utk membantu si ibu kekal bertenaga utk menyusukan si anak..jadi,kne fahamkan btl2 bab penyusuan ni jadi,jomm cari penyelesaian dan mantapkan ILMU PENYUSUAN.  

Mind Set kne sentiasa positif..jgn fikir pasal susu tak cukup,susu drop dan lain2..jgn sekali kali cakap susu takde.setiap ibu tu Allah dh kurniakan dh susu utk anaknye.mohonlah dan mengadulah kepada Dia..semoga Dia mempermudahkan segala usaha ibu2 utk menyusukan anak.♥  

# Susu ibu anugerah yg tidak ternilai
# Set Penyusuan Shaklee
# Mind Set,Positif,Demand vs Supply  

FIZA  | 0179748731
Shaklee Independent Distributor

Sabtu, 14 Jun 2014

Cantik bawa padah

Assalamualaikum semua.. hari ini fiza nak kongsikan  bahan kimia yang merbahaya dalam sesuatu produk Kosmetik dan penjagaan diri .

1. PVP/VA COPOLYMER
Zat kimia hasil keluaran minyak bumi ini digunakan pada produk semburan rambut dan kosmetik lain. Dianggap boleh beracun kerana partikel partikelnya boleh menyebabkan bendasing pada paru paru yang sensitif.
2. STEARALKONIUM CHLORIDE
Stearalkonium klorida dibangunkan oleh industri kain sebagai pelembut kain. Namun, zat kimia ini juga terkandung dalam kondisioner dan krim rambut. Bahan ini boleh menyebabkan alahan.
3. MIDAZOLIDINYL UREA & DIAZOLIDINYL UREA
Ini adalah kandungan yang paling umum digunakan untuk bahan pengawet selepas parabens. Bahan utamanya adalah formaldehid, yang dikenali untuk mengawet mayat, dan sangat berbahaya bagi kesihatan manusia. Ia boleh menyebabkan radang kulit, luka bakar dan pengeluaran air mata.
4. METHYL & PROPYL & BUTYL & ETHYL PARABEN
Digunakan sebagai penghambat pertumbuhan bakteria dan untuk melanjutkan had masa luput produk. Walaupun diketahui beracun, namun kandungan ini masih banyak digunakan. Kesan yang mungkin berlaku adalah timbul banyak reaksi alahan dan ruam kulit.
5. PROPYLENE GLYCOL
Ini adalah gliserin sayur sayuran yang dicampur dengan alkohol yang diperbuat dari gandum. Ia ditemui pada beberapa produk kosmetik dan pembersih wajah. Zat ini boleh menyebabkan kemerahan pada kulit dan radang kulit. Kajian terkini menunjukkan bahawa zat ini juga boleh merosakkan hati dan buah pinggang.
6. SYNTHETIC COLORS
Bahan sintetik warna diyakini sebagai penyebab kanser. Jika dalam produk tertera kandungan ini, jangan sekali kali menggunakannya.
7. SYNTHETIC FRAGRANCES
Wangian sintetik yang digunakan dalam produk kosmetik mengandungi banyak bahan kimia berbahaya. Bila anda menggunakan produk wangi maka semua bahan kimia berbahaya boleh diserap dalam aliran darah melalui kulit. Bahan kimia ini boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti sakit kepala, pening, ruam, hiper pigmentasi, batuk, muntah dan iritasi kulit.
8. SODIUM SULFATE (SLS)
Zat sintetik ini biasanya digunakan pada produk syampu untuk membersihkan dan mencipta banyak buih. Kesan yang ditimbulkan zat ini adalah iritasi pada mata, ruam kulit, rambut gugur, kelemumur pada kulit kepala dan alahan.
9. TRIETHANOLAMINE
Sering digunakan dalam kosmetik untuk menetapkan pH dan sebagai asas bagi banyak produk pembersihan. Triethanolamine boleh menyebabkan alahan dan masalah mata.
Sumber Rapi Mac 2014

Selasa, 10 Jun 2014

Khasiat Susu Soya Untuk Ibu Hamil

Sebahagian besar khasiat yang terkandung dalam susu soya merupakan sumber khasiat yang sangat diperlukan untuk membantu proses pertumbuhan janin dan untuk mempertahankan keadaan kesihatan ibu hamil. Antaranya khasiat tersebut adalah protein dan vitamin B.

Protein merupakan bahan penting untuk membentuk pelbagai sel baru. Pembentukan sel baru pada janin sudah tentu merupakan sebahagian daripada proses perkembangannya. Sementara vitamin B, khususnya B6 diperlukan oleh janin dalam membentuk saluran penghantar isyarat atau pesan daripada otak melalui sistem saraf iaitu neurotransmitter. Bagi ibu sendiri, vitamin B dapat mengurangkan bahkan mencegah masalah mual dan muntah di awal kehamilan.

Selain itu vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung di dalam susu soya juga berfungsi membantu proses pembentukan tenaga baik untuk janin mahupun ibu hamil sendiri. Sementara asid folik yang juga terdapat dalam susu soya bermanfaat untuk mencegah berlakunya kelainan atau kecacatan dalam kandungan.

Nilai Tambahan
Sebagai sumber zat gizi, susu soya memiliki sejumlah manfaat bagi kesihatan tubuh anda selama proses kehamilan.

Hanya mengandungi protein unggulitulah sebabnya susu soya boleh menjadi sumber protein bagi ibu hamil vegetarian.

Tidak mengandungi laktosa – apabila anda tidak mampu mencerna laktosa(lactose intolerance) maka susu soya adalah jalan penyelesaiannya.

Tidak mengandungi hormon seperti susu lembu maka ia tidak berisiko untuk mengganggu kerja sistem hormon ibu hamil mahupun janin anda.

Banyak mengandungi isoflavon- khasiat yang merupakan fitoestrogen ini berfungsi membantu menurunkan kadar kolesterol. Selain itu unsur ini juga membantu memperkecilkan risiko terkena kanser, antaranya adalah kanser payudara.

Salah satu sumber kalsium- susu soya yang tersedia di pasaran umumnya diperkaya dengan kalsium sehingga boleh menjadi sumber keperluan kalsium yang sangat penting ketika hamil. Kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat, pembentukan otot, jantung, sistem saraf, pembekuan darah dan pelbagai aktiviti enzim.

Jangan Minum Berlebihan
Segala yang berlebihan pastinya akan kehilangan manfaatnya. Begitu juga kalau mengambil susu soya. Kandungan unsur estrogen di dalam susu soya iaitu isoflavon dikatakan dapat menekan penghasilan hormon tiroid, khususnya bila diambil sehingga 40 miligram sehari.

Selain itu kajian juga ada menyebut bahawa pengambilan soya dalam bentuk tofu dan susu soya sebanyak dua kali seminggu selama 30 tahun akan mempercepatkan proses penuaan sel-sel otak (4tahun lebih cepat).

Pengambilan susu soya secara berlebihan juga dapat mengganggu penyerapan beberapa zat nutrisi. Ini terjadi akibat tingginya kadar unsur fitat. Unsur ini akan menghalang penyerapan mineral dan penguraian protein.

Jangan Abai Sarapan Walau Asyik Muntah
Anda mengalami 'morning sickness' dan tidak mahu berdaya untuk bersarapan kerana asyik muntah? Jangan begitu. Kajian membuktikan sarapan sangat penting terutamanya buat ibu hamil.

Sarapan akan membantu tubuh dalam menstabilkan kadar gula darah sebagai tenaga untuk menjalani proses metabolisme di seluruh tubuh anda serta pelbagai lagi kegiatan sebelum tiba waktu makan tengah hari.

Perlu anda perhatikan ketika trimester pertama aspek kualiti gizi dari makanan yang anda ambil jauh lebih penting berbanding aspek kuantitinya. Jadi ambillah makanan untuk sarapan mahupun makan tengah hari dengan variasi menu yang kaya dengan gizi.

Sekiranya minum susu membuatkan anda mual, pengambilan susu tetap boleh anda penuhi dalam bentuk pelbagai jenis makanan olahan yang mengandungi susu seperti puding, ais krim dan yogurt.

Sumber; majalah PA & MA

Makanan Berisiko Keguguran

Sememangnya selera makan wanita hamil sukar diduga terutama selepas melepasi tempoh mual dan alahan yang teruk pada trimester pertama. Apabila hormon ibu hamil sudah stabil, keinginan untuk merasa pelbagai jenis makanan amat tinggi.
Bagaimanapun apabila bakal ibu baharu memasuki trimester kedua kehamilan, pengambilan makanan masih perlu diberi perhatian. Tidak boleh sebarangan memakan makanan yang diidamkan kerana bimbang jenis makanan yang ibu mahukan itu tergolong dalam kategori makanan yang menjadi punca keguguran. 
Berikut adalah beberapa jenis makanan yang disaran dielakkan pada awal usia kehamilan anda.

Vitamin C
Ia terkenal sebagai  alat kontrasepsi semula jadi. Oleh itu jangan mengambil dalam dos yang tingg kerana ia membuatkan anda berisiko mengalami keguguran di awal kehamilan. 
Nanas
Buah yang satu ini memang amat ditakuti oleh kebanyakan ibu baharu hamil. Dikatakan ia boleh menyebabkan keguguran. Nanas mengandungi enzim protease bromelain.  Enzim ini dapat melembutkan pangkal rahim sehingga boleh menyebabkan keguguran.

Jeruk
Buah-buahan yang dijerukkan mengandungi banyak vitamin C.  Jika dimakan keterlaluan maka ia mendedahkan bakal ibu kepada bahaya keguguran.

Teh hijau
Teh hijau memang diketahui banyak khasiatnya kepada si peminum tetapi ia tidak digalakkan untuk ibu hamil.  Teh hijau dapat menyebabkan masalah pada kesuburan dan juga membuatkan anda keguguran.

Ikan masin
Pengambilan ikan sebagai makanan utama ketika hamil memang amat digalakkan kerana ia mengandungi DHA yang tinggi. Tetapi tidak kepada ikan masin yang mengandungi bahan pengawet seperti garam dan bahan kimia yang boleh meningkatkan tekanan darah ibu hamil. Oleh itu jika mengidam makan ikan masin, eloklah anda fikirkan risiko buruknya.

Keju proses
Keju sememangnya kaya dengan kandungan kalsium tetapi ada beberapa jenis keju yang menjalani beberapa kali proses. Keju jenis ini tidak baik untuk kandungan.
Apa pun ibu hamil digalakkan merujuk kepada doktor pakar berkenaan pengambilan jenis makanan tersebut demi memastikan kandungan terus membesar dengan sihat.
SUMBER : MAJALAH PA & MA

Cadangan set untuk menguatkan rahim selepas keguguranKLIK SINI

Anemia Ketika Hamil

Anemia atau kurang darah juga merupakan satu masalah penyakit terutama di kalangan ibu hamil. Gejala ini sangat mudah dikesan berdasarkan fizikal ibu sendiri. Antara yang mudah dikesan iaitu warna kelopak mata yang pucat, kerap berasa letih dan sukar fokus pada sesuatu.
Bagaimanapun sekiranya gejala anemia semakin teruk, ia akan diikuti dengan gejala rambut gugur, nafas pendek, kuku cekung seperti sudu, sukar menelan sehingga kepekaan terhadap jangkitan meningkat.
Jika doktor mengesan gejala ini di kalangan ibu hamil, mereka disarankan membuat pemeriksaan hb melalui ujian darah. Apabila kadar hemoglobin kurang daripada 11g/dl, doktor biasanya menyarankan pemeriksaan darah lanjutan termasuk  siasatan kemungkinan ada penyakit lain yang mungkin menjadi penyebab.

Ini bagi memudahkan doktor menyesuaikan jenis rawatan dan faktor terjadinya anemia kepada ibu tersebut.

*Apabila anemia berlaku akibat kekurangan protein, ibu perlu meningkatkan pengambilan makanan yang mengandungi protein seperti telur, ikan, daging, ayam, makanan laut dan susu.
*Apabila anemia berlaku akibat kekurangan asid folat atau zat besi, maka pemberian suplemen perlu dilakukan dengan pengawasan daripada doktor anda. Keperluan harian zat besi dan asid folat ketika hamil meningkat dua kali ganda berbanding sebelum hamil. Oleh itu doktor menyarankan keperluan itu dipenuhi dengan pemakanan atau suplemen.
Jika pemberian suplemen masih tidak mampu memenuhi keperluan zat yang berkurangan, maka rawatan memberi zat besi ata asid folat intravena atau tranfusi perlu dilakukan dengan pengawasan ketat daripada doktor sakit puan anda.
 sumber :MAJALAH pa & ma

Panduan Pengasuh Beri Susu Perahan

Antara dilema yang sering dihadapi oleh ibu bekerja selepas melahirkan anak adalah pemberian susu ibu yang berterusan. Kerisauan pengasuh tidak faham bagaimana pemberian susu ibu perahan (SIP) kepada bayi membuatkan ibu seperti hendak berhenti kerja.
Sebenarnya isu kembali bekerja dan menyusukan bayi secara eksklusif tidak sepatutnya menjadi halangan. Sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan menggunakan khidmat mana-mana individu atau taska tertentu yang bakal menjadi pengasuh bayi, bincang terlebih dahulu dengan pihak berkenaan tentang keinginan anda yang mahu menyusu susu ibu secara eksklusif.
Berikut adalah panduan berguna yang boleh dikongsikan dengan pengasuh bayi anda agar dia lebih memahami cara pemberian susu ibu kepada bayi.
1.Kumpul SIP
Kumpul SIP seawal yang mungkin ketika cuti bersalin (dua minggu selepas melahirkan). Lebih awal anda mengumpul SIP, peluang meneruskan penyusuan susu ibu semakin tinggi.

2.Kekalkan SIP
Rutin memerah susu ibu di pejabat perlu dilakukan secara teratur agar penghasilan susu tidak terjejas. Anda disarankan mengepam setiap tiga jam. Dalam pada itu, SIP sebaik-baiknya disimpan di dalam peti sejuk. Jika pejabat tidak menyediakan peti sejuk, anda perlu menyimpannya di dalam beg pendingin yang disertakan dengan beberapa pek ais untuk bertahan sekurang-kurangnya lapan jam. Apabila kembali ke rumah, terus simpan SIP di dalam peti sejuk untuk kegunaan hari esok.

3.Penyediaan SIP
Di rumah, anda perlu mencairkan SIP yang beku di dalam peti ais sepanjang malam. Jangan lupa untuk ingatkan pengasuh bahawa SIP yang cair tersebut perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam. Manakala susu yang dipanaskan pula perlu dibuang jika melebih sejam. Anda turut digalakkan untuk memberi stok SIP segar (baharu dipam) untuk keperluan bayi semasa di tempat jagaan pengasuh.

4.Pemanasan SIP
Ajar pengasuh bahawa SIP perlu dipanaskan di dalam air suam, bukannya air mendidih kerana suhu yang terlalu panas akan memusnahkan beberapa nutrient penting di dalam susu.
Jangan sesekali memanaskan SIP menggunakan ketuhar gelombang mikro kerana ia akan memusnahkan nutrien penting susu ibu dan boleh menyebabkan mulut bayi melecur.  Setelah dipanaskan, titiskan susu tersebut ke pergelangan tangan bagi menguji kepanasannya sebelum diberi kepada bayi.
Ingatkan pengasuh bahawa SIP tidak boleh dibekukan semula dan dipanaskan lebih daripada sekali. Sebaik-baiknya, anda menyediakan kelengkapan untuk memanaskan SIP seperti termos berisi air panas, bekas atau mangkuk khas dan lain-lain.
Sedikit sebanyak ia membantu meringankan beban pengasuh dalam mengendalikan penyusuan bayi. Satu lagi maklumat penting yang mesti disampaikan kepada pengasuh ialah normal apabila lapisan lemak berada di bahagian atas SIP jika dibiarkan di dalam peti ais. Jadi, dia perlu menggoncangkan botol perlahan-lahan bagi membolehkan SIP bercampur semula.

5.Pemberian SIP
Hakikatnya tiada botol yang serupa dengan payu dara ibu. Namun, tidak dinafikan penggunaan botol membantu memudahkan pengasuh memberikan SIP. Selain daripada botol, anda digalakkan menggunakan alternative lain seperti cawan penyusuan, picagari ataupun sudu plastik. Alternatif ini dilakukan bagi mengelakkan bayi keliru puting.

SUMBER: MAJALAH PA & MA

Isnin, 9 Jun 2014

Petua banyakkan susu badan

Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ib...u merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :


1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

8. Petua masyarakat kita:

* Cekur Manis 

Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com

* Kacang Tanah

Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini

* Air Longan

Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

* Halba dan Jintan Hitam

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba

* Bunga Melur

Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com

* Lobak Putih

Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.

* Pucuk Betik
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

* Tuaman Daun Sirih 

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak

* Jantung Pisang

Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

* Makanan Tinggi CLA

Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.

* Kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu


* Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu

1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan
sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
8. Barli – air atau bubur barli.
9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
13. Air horlicks
14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
15. Teh hijau jepun
16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
19. Ubat homeopati.

Petikan dari: Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung

Makanan Dan Minuman Elak Mengantuk

Mengantuk boleh terjadi kerana badan kurang mendapat rehat yang secukupnya. Keadaan lain yang boleh menimbulkan seseorang itu mengantuk juga ialah kerana kekurangan oksigen di dalam darah untuk sampai ke otak. Sekaligus ini juga penyumbang anda sering rasa mengantuk. Berikut adalah pemakanan dan minuman yang anda boleh ambil sebagai langkah atau ubat untuk atasi mengantuk.

Makanan pedas
  • Makanan ini boleh mengurangkan rasa mengantuk tetapi pengambilannya perlulah dikawal kerana makanan ini boleh juga mendatangkan kesan lain terutama bagi anda yang tidak tahan pedas. Berikan sedikit rasa pedas di dalam makanan boleh merangsang perjalanan darah dan membuat kita tetap segar.

Air putih
  • Air putih mampu mengelakkan tubuh dari dehidrasi sehingga dalam sekejap waktu selepas meminumnya, rasa mengantuk akan hilang. Cubalah terus minum air putih sebaik bangun daripada tidur dan anda akan merasa kesegarannya.

Epal dan tembikai
  • Makan epal dan tembikai yang segar serta manis boleh menyegarkan diri, bermula dari mulut, kerongkong, otak dan sehinggalah se seluruh tubuh. Selain megandungi vitamin, buah-buahan ini enak dinikmati sebagai snek menyihatkan.

Asam atau makanan masam
  • Makanan masam seperti lemon, asam atau limau membantu memberikan Vitamin C.  Selain itu, sensasi rasanya yang masam akan membuatkan anda berasa segar.

Coklat hitam
  • Pilih coklat hitam untuk menghilangkan rasa mengantuk. Coklat hitam boleh meningkatkan semangat kerana coklat meningkatkan hormone yang boleh menenangkan diri. Namun, awas! Hindari coklat yang tinggi pemanis tambahan.

sumber: majalah mingguan wanita

Tips anak sukar minum air

Selain cerewet makan, kanak-kanak juga sukar apabila disuruh minum air terutama air masak. Seperti diketahui keperluan air sangat penting untuk tubuh badan manusia. Badan manusia memerlukan air untuk meneruskan proses penghadaman dan perkumuhan. Kekurangan cecair dalam badan akan membuatkan suhu badan meningkat serta mudah mendapat masalah sembelit dan jangkitan kuman pada saluran air kencing.

Si kecil memang tidak peduli semua itu. Mereka asyik bermain tanpa memikirkan masalah yang bakal dihadapi. Jika tidak disuruh bahkan sehingga tahap memaksa untuk minum mereka tidak kisah untuk minum air.

Biasanya mereka lebih gemar minum minuman yang manis dan sejuk sahaja. Bagaimanapun terlalu banyak minum minuman manis juga tidak elok untuk kesihatan badan. Menyuruh anak minum air masak kadang kala menjadi tekanan kepada ibu bapa.

Bagaimana mengatasi masalah ini? Cuba bebeberapa tip berikut yang mungkin mendatangkan hasil sekaligus memudahkan si kecil minum air demi kesihatannya.
  1. Sediakan minuman
Jika sedang bermain, kanak-kanak terlupa keperluan mereka yang sedang dahaga. Jika boleh mereka tidak mahu meninggalkan alam bermain biarpun sesaat. Oleh itu sebagai ibu bapa kita perlu mengingatkan mereka tentang keperluan berhenti seketika untuk minum air. Sediakan minuman agar anak lebih mudah untuk meneguknya.

  1. Sediakan bekas minuman kegemaran
Bukankah kanak-kanak gemarkan sesuatu yang menarik, maka ambil kesempatan ini untuk menyediakan bekas minuman yang bermacam rekaan, corak dan warna serta dihiasi karektor kartun kegemaran mereka.  Tentu sahaja cara ini dapat menarik perhatian mereka untuk minum air.

  1. Penggunaan straw lebih mudah
Oleh kerana mereka sukar untuk minum air, penggunaan straw untuk menyedut minuman juga boleh membantu usaha menyuruh anak minum. Tentu sahaja cara ini lebih memudahkan tugas anda kerana tiada risiko air tertumpah akibat mereka hendak cepat.

  1. Ajar berdikari
Sekiranya anak anda sudah melangkah ke prasekolah, seeloknya anda mula mendisiplinkan dia dengan rutin minum air sendiri. Secara tidak langsung ia mengajarnya berdikari. Tetapi anda perlu menyediakan tempat mengambil air yang mudah diuruskan sendiri tanpa bantuan anda.

  1. Jangan tawarkan pelbagai perisa
Jika anda menawarkan antara air masak dan jus buah, tentu sahaja si kecil memilihh minuman yang berperisa. Oleh itu dalam sehari, tetapkan waktu yang dia mesti minum air masak secukupnya sebelum masa-masa tertentu untuk minuman jus atau perisa lain.
Sumber : Majalah Pa & Ma 

Anak kurang berat

Masalah kegemukan atau obesiti dalam kalangan kanak-kanak memang sering dibincangkan oleh masyarakat. Pelbagai info dan panduan diberikan untuk mengelakkan atau mengawal anak yang ada masalah obesiti. 

Tetapi bagaimana pula dengan anak yang kurang berat badan? Berada di bawah paras berat badan ideal juga tidak elok untuk tumbesaran sihat kanak-kanak. Ibu bapa perlu tahu apakah berat badan ideal mengikut usia dan ketinggian anak mereka.

Kanak-kanak pada usia bawah enam tahun memang terkenal sebagai golongan yang aktif dan cerewet makan maka kebanyakan mereka mempunyai saiz badan yang kurus dan kecil. Hanya segelintir sahaja kanak-kanak yang tergolong dalam kelompokk kanak-kanak obesiti. Biasanya kanak-kanak obesiti memang mempunyai  tabiat semula jadi kuat makan.

Kerisauan ibu bapa terhadap anak yang terlalu kurus membuatkan mereka sering memaksa si anak makan dalam kuantiti yang banyak. Paksaan tidak boleh membantu menyelesaikan masalah ini sebaliknya ia hanya membuatkan anak anda tertekan. Bahkan memaksa makan makanan tinggi kalori juga boleh mengumpulkan lemak berlebihan dalam badan.

Sebenarnya apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini adalah memastikan keperluan tenaga dan nutrisinya dipenuhi. Ibu perlu menyediakan makanan yang berkhasiat mengikut keperluan nutrisi mereka seperti

*karbohidrat (nasi, roti, kentang, pasta untuk membekalkan tenaga dan membuat anak rasa kenyang),
*protein (telur, ikan, ayam, daging, susu, tauhu,  tempe untuk pertumbuhan badan, anti bodi dan sistem imun badan.
 *vitamin dan mineral (buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai sumber serat.
* lemak (untuk sumber tenaga dan zat bagi melarutkan vitamin A, D, E, K.

Selain pengambilan makanan mengikut piramid makanan, gaya hidup yang sihat turut menyumbang kepada peningkatan berat badan. Bukan sahaja anak yang terlebih berat badan disarankan aktif beriadah tetapi anak yang kurus juga perlu terus digalakkan aktif.  Bagaimanapun anak ini mesti dipastikan mendapat rehat yang cukup.
Sumber: Majalah Pa & Ma

Senaman ibu-ibu selepas bersalin

Senaman memang banyak kelebihan. Fungsi dan kebaikannya memberi kelegaan kepada mental dan fizikal. Wanita disyorkan menunggu kira-kira enam minggu untuk mula bersenam selepas bersalin normal dan lapan minggu bagi yang bersalin menerusi pembedahan caesaraen. Bagaimanapun dapatkan pengesahan daripada doktor sebelum memulakan senaman.

Mulakan Dengan Regangan Ringan

Jika anda melahirkan secara normal dan tanpa sebarang komplikasi, maka proses regangan tidak rumit. Jadi, anda boleh mula melakukan senaman seawal sehari selepas anda bersalin. Lakukan senaman mudah yang tidak melibatkan tekanan, seperti membentang kaki.

Anda juga perlu meneruskan rutin senaman Kegel untuk menguatkan otot lantai pelvis. Jika bersalin secara pembedahan caesarean,  lebih baik menunggu sehingga berhenti pengaliran darah nifas dan menunggu doktor memberikan lampu hijau sebelum mula melakukan apa-apa bentuk senaman selepas bersalin.

Anda perlu memulakan setiap senaman dengan pergerakan memanaskan badan. Selain itu, pastikan sentiasa minum air dalam kuantiti yang banyak. Jangan lakukan senaman jika badan terlalu penat.

Variasi Senaman Untuk Mama
Senaman Perut:

Senaman bangkit tubi adalah  yang terbaik untuk otot abdomen dan menyingkirkan lemak berlebihan bahagian tersebut. Apabila melakukan bangkit tubi, pastikan anda menggalas badan dengan tikar lembut. Elakkan belakang badan terlalu rapat dengan lantai , terutama di kawasan lekukan belakang untuk mengelakkan kesakitan.

Senaman Kegel
Jika anda melakukan senaman ini sepanjang kehamilan, anda boleh terus melakukannya selepas kehamilan. Senaman Kegel, membantu untuk menguatkan otot lantai pelvik. Untuk melakukannya, anda hanya perlu kemutkan otot faraj seolah-olah anda cuba untuk menahan air kencing.  Biarkan kemutan tersebut selama beberapa saat dan lepaskan perlahan-lahan.

Berjalan Kaki
Berjalan kaki ialah salah satu senaman kardiovaskular yang baik kerana membantu anda membakar lemak. Berjalan cara terbaik untuk mendapatkan udara segar, membentuk kaki yang cantik dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhannya. Malah, berjalan merupakan senaman mudah tanpa memerlukan peralatan khas. Apa yang anda perlukan cuma sepasang kasut yang sesuai, cuaca baik dan kereta sorong bayi anda.

Aerobik
Jika berjalan kaki tidak sesuai untuk anda, bolehlah cuba senaman aerobik. Jika tidak mahu mendaftar di pusat-pusat senaman, lakukannya di rumah berpandukan rakaman video yang banyak di pasaran. Apabila lakukan di rumah, anda tidak perlu bimbang tentang bayi anda.

Berenang
Berenang juga senaman yang bagus untuk membentuk otot-otot anda daripada menggeleber dan menambah stamina. Tambahan pula, ia bukanlah senaman yang bertekanan tinggi yang tidak memerlukan perahan tenaga yang terlalu kuat.

Senaman juga mampu mengelakkan kemurungan di kalangan ibu-ibu. Senaman menggalakkan pengeluaran hormon serotonin dan dopamin yang membuatkan anda lebih tenang dan gembira.
Sumber: Majalah Pa & Ma

Khasiat bunga kobis untuk ibu hamil

Ketika hamil, selera makan bakal ibu turut berubah. Jika dulu gemar makan makanan pedas, kini ibu hamil lebih berselera menjamah hidangan yang tidak pedas. Menjaga pemakanan antara langkah penting yang mesti diutamakan oleh ibu hamil.
Ketidakselesaan akibat alahan yang teruk menyebabkan selera makan hilang begitu sahaja. Bagaimanapun jangan abaikan keperluan nutrisi yang diperlukan untuk membantu janin berkembang dengan sihat dalam kandungan.
Apabila tekak tidak boleh menerima sebarang makanan, apa kata masukkan bunga kobis dalam senarai menu anda. Ini kerana bunga kobis elok dimakan sepanjang kehamilan kerana mempunyai pelbagai khasiat untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Antaranya seperti berikut:
Menyihatkan jantung
Bunga kobis membantu meningkatkan kesihatan jantung dan sistem kardiovaskular. Dengan mengamalkan pemakanan bunga kobis, darah akan dipam sekali ganda pada rahim tanpa mengganggu ketidakselesaan pada jantung.

Pembentukan plasenta
Bunga kobis membantu pembentukan plasenta kerana ia kaya dengan folat. Folat sendiri membekalkan khasiat kepada bayi dan perkembangannya.

Penyerapan zat besi
Keperluan zat besi wanita meningkat apabila dia mengandung. Kandungan zat besi di dalam bunga kobis membantu melancarkan proses bersalin dan mengurangkan risiko berat badan bayi berkurangan.

Keperluan kalsium
Bila badan anda kekurangan kalsium, keperluan kalsium oleh bayi akan diambil dari tulang-tulang anda. Ini sangat berbahaya. Oleh itu amalkan makan bunga kobis yang merupakan sumber kalsium terbaik.

Kaya niacin
Bunga kobis juga mengandungi niacin iaitu zat yang membantu mengembangkan kulit bayi, sistem saraf dan pencernaan bayi.

Mengembangkan sel-sel
Kandungan vitamin A dan B yang ada dalam bunga kobis membantu mengembangkan sel-sel tubuh bayi.

Kaya vitamin C

Ia juga kaya akan kandungan vitamin C yang sangat diperlukan untuk pembentukan sistem imun tubuh. Bayi akan jauh lebih aktif dan sihat apabila keperluan vitamin C mencukupi.

Vitamin K
Bunga kobis  juga meningkatkan pembentukan sel-sel di tulang yang sangat bermanfaat bagi ibu hamil. Pembentukan tersebut dibantu dengan adanya pengambilan vitamin K daripada bunga kobis.

Sumber mineral
Bunga kobis kaya akan zink, mangan, sodium dan fosfor. Sumber lengkap yang diperlukan oleh ibu hamil.
Sumber: Majalah Pa & Ma

Barang perlu di bawa untuk bersalin

Menghampiri proses melahirkan bayi, bakal ibu perlu membuat persiapan rapi untuk dirinya dan bayi yang dilahirkan. Selain persiapan mental dan emosi, anda juga perlu memastikan semua keperluan telah siap untuk anda dan bayi.
Biasanya apabila ibu hamil sudah memasuki usia kandungan 37 minggu, kelengkapan untuk dirinya ke hospital dan bayi yang bakal dilahirkan sudah sepatutnya disimpan dalam sebuah beg yang diletakkan di dalam kenderaan yang akan digunakan untuk ke hospital.
Pada bila-bila masa sahaja anda akan berasa sakit hendak bersalin dan keluar tanda-tanda melahirkan. Justeru dengan persiapan yang sudah dilakukan itu, ia memudahkan suami terus membawa anda ke hospital tanpa perlu kelam kabut mencari barang keperluan.
Sebelum itu pastikan anda membuat semakan dengan hospital pilihan anda untuk bersalin. Adakah mereka menyediakan keperluan asas untuk pesakitnya? Jika ada maka tidak perlulah anda bersusah payah membawa segala barang keperluan. Cukup sekadar membawa apa yang tidak disediakan sahaja. Bagaimanapun sekiranya ia langsung tidak menyediakan barang keperluan, maka pastikan anda membawa semua secukupnya.
Semak senarai cadangan barangan yang perlu bakal ibu bawa ke hospital untuk melahirkan anak selain barangan asas peribadi.
  1. Blaus menyusu yang longgar bagi memudahkan anda menyusukan bayi selepas bersalin.

  1. Sandal yang mudah disarung. Ia sangat diperlukan untuk memudahkan pergerakan anda ke tandas di hospital sama ada sebelum saat melahirkan dan selepas bersalin.

  1. Stoking tebal. Anda mungkin berasa sejuk saat melahirkan bayi semakin hampir dan pastinya diperlukan selepas bersalin kelak.

  1. Minyak urut. Ketika mengalami sakit kontraksi anda kemungkinan merasakan sakit pinggang atau punggung yang luar biasa. Untuk mengurangkannya, minyak urut boleh disapu di kawasan yang sakit dan urut perlahan-lahan.

  1. Coli penyusuan. Pastikan anda membawa coli yang mempunyai bukaan di hadapan untuk memudahkan proses penyusuan bayi baharu lahir.

  1. Seluar dalam. Pastikan anda membawa bekalan seluar dalam yang mencukupi.

  1. Pad ibu bersalin. Ia penting untuk kegunaan awal selepas kelahiran bayi yang pasti berlaku banyak pengaliran darah nifas.

  1. Tuala muka. Ketika sedang sakit kontraksi anda mungkin akan banyak berpeluh. Maka tuala kecil berguna untuk mengelap peluh bagi mengurangkan ketidakselesaan.

  1. Bantal. Mungkin anda perlukan bantal peribadi untuk memberi ketenangan ketika saat bergelut dengan kesakitan kontraksi. Bahkan ia juga berguna untuk anda bersandar semasa menyusukan bayi selepas melahirkannya.

  1. Makanan. Ketika sakit bersalin sedang menyerang, anda akan kehilangan banyak tenaga. Jadi bawalah makanan dan minuman yang dapat memberikan tenaga seperti kurma, roti penuh mil dan sebagainya.
Sumber :Majalah Pa & Ma

Set berpantang + set menyusu + set kurus

[3 Dalam 1 bagi IBU BERPANTANG]  
Post kali ni fiza nak share mengenai vitamin2 yg sesuai utk ibu2 yg nk berPANTANG+MENYUSUkan anak+KURUSkan badan..dgn sekali pembelian,ibu2 bakal dpt 3 kelebihan sekaligus.vitamin2 ni amat sesuai bg ibu2 yg berpantang secara MODEN dan berpantang sendiri.  
Nak cergassssss kan?Shaklee ada jawapannya..jom kita tgk fungsi setiap vitamin2 ni.;-)  

1) Esp
→ Membantu memberikan ibu TENAGA
→ Membantu PEKATKAN susu ibu
→ Membekalkan PROTEIN bagi ibu
→ Membantu ibu berasa kenyang (untuk KURUS)  

2) Alfalfa
→ Membantu merangsang pengeluaran susu
→ Bertindak sebagai KACIF FATIMAH & kecutkan RAHIM
→ Membantu menegangkan PAYUDARA
→ Mengelakkan SEMBELIT & MELAWASKAN pembuangan  

3) B complex
→ Memberikan ibu TENAGA sepanjang hari (berjaga malam)
→ Mengelakkan ibu stress dan MEROYAN
→ Membantu melancarkan darah
→ Mengatasi masalah RAMBUT GUGUR  

4) Vitamin C
→ Memperbaiki Sel2 yg sihat dalam badan
→ Membantu sembuhkan luka
→ Kecantikan kulit ibu dan baby  

5) Vitalea
→ Multivitamin yang lengkap
→ Mengandungi pelbagai vitamin dlm 1 tablet  

6) Zinc complex
→ Membantu menyembuhkan luka selepas bersalin samada bersalin NORMAL atau OPERATE
→ Membekalkan zat besi utk melancarkan darah
→ Mengatasi RAMBUT GUGUR  

7) Lecithin
→ Membantu utk membakar lemak ( untuk kurus)
→ Menguatkan INGATAN ibu
→ Mengelakkan BENGKAK SUSU  

Jika ibu2 mencari Set berpantang+Set menyusukan anak+Set kuruskan badan,
Shaklee adalah jawapan yg paling bijak dan jimat bagi ibu2..vitamin2 ni mampu digunakan sehingga 6BULAN.♥  

#Berpantang
#MenyusukanAnak
#Kurus   

FIZA | 0179748731
Shaklee Independent Distributor

Kesan kekurangan vitamin E

Aha... Disebabkan bulan Jun 2014 merupakan PROMO untuk VITAMIN E ni so si gojes dan si tampan semuanya,hari ni fiza nak story sikit dengan uolss KESAN KEKURANGAN VIT E ni dengan uolss.. Meh dekat meh rapat yer syg2....

Apa akan jadi jika kita kekurangan VITAMIN  E dalam badan, jom belek kesannya secara umum dibawah:-

¤Kulit BERMINYAK,BERJERAWAT,dan TUA SEBELUM USIA.
¤Tinggi risiko keguguran bagi wanita hamil.
¤Kurang kemampuan reproduktif(bilangan sperma sedikit)bagi lelaki.
¤Penurunan fungsi sel darah merah.
¤Masalah penglihatan seperti katarak.
¤Gangguan neurologis.
¤Masalah fungsi otak,sum-sum tulang belakang dan otot.
¤Masalah jantung.

Ha... Banyak masalah yang akan dihadapi tubuh badan sekiranya kekurangan Vitamin E yer syg2... Jadi sempena promosi VITAMIN E yang sedang berlansung sehingga 30 haribulan ni cepat2 la rebut peluang yang ada.

#Kesan KekuranganVitaminE
#PromosiVitaminE

Siapa perlukan Vitamin E  KLIK SINI
Fungsi Vitamin E untuk kulit KLIK SINI

Fiza 0179748731
Pengedar Sah Shaklee

Siapa perlukan Vitamin E

Bulan ni bulan bercinta.,sebab apa??sebab promosi VITAMIN E atau dikenali sebagai Vitamin Cinta di kalangan SID...hehhe..

Meh kita tengok siapa yang perlukan vitamin E ni.,bukan untuk kecantikan luaran je..untuk dalaman pun semestinya boleh la kan..

# Lelaki & wanita yang mementingkan kecantikan luaran & dalaman
# Untuk mereka yang mengalami masalah parut di muka@ badan.
# Untuk masalah keintiman suami isteri
# Untuk mereka yang mengalami masalah kesuburan
# Untuk mereka yang mengalami masalah jerawat & jeragat
# Mereka yang mengalami masalah muka berminyak
# untuk kesihatan jantung anda ( mengawal kolestrol )

Siapa yang rasa ada mengalami masalah2 tersebut..boleh la grab 1..nak grab 6 pun boleh untuk bulan ni,,boleh percuma 1...leh la kongsi2 beli dengan mak,abah,adik.,kakak.,jimat berbaloi2 kan,,penggunaan sebotol tahan sehingga 4bulan plak tu..

#Promosi bulan Jun 2014
# Vitamin E untuk semua

Fungsi Vitamin E untuk kulit  KLIK SINI
Kesan kekurangan Vitamin E KLIK SINI

FIZA | 017974873l
Pengedar Sah Shaklee.

Cadangan set kurus [BAKAR》 BUANG》BINA]

Assalammualaikum semua pada si gojess dan si tampan...anda di luar sana pasti ramai yang nak kurus dan cantik secara sihat betul tak??bukan sahaja senang cari baju malah mudah nak beraktiviti nampak lebih berkeyakinan... anda semua tahu bahawa set kurus shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi..ibu-ibu mnyusu juga boleh mengambil set kurus shaklee. Produk ini tidak mmberi kesan buruk pada ibu dan bayi yang menyusu . Set kurus yg terdiri daripada tiga komponen iaitu  Bakar,Buang,Bina.  

♥BAKAR&BUANG lecithin n omega brfungsi sebagai MEMECAHKAN LEMAK yang berlebihan dalam badan.Herblax atau alfafa pula berfungsi sebagai medium pengangkutan untuk membawa keluar daripada badan..  

♥Kenapa DETOX penting??  untuk menyingkirkan toksin yang berlebihan yang terkumpul dalam badan tanpa pengeluaran toksin yang terlampau dalam badan akan mnyukarkan serapan nutrient dari makanan seharian dan suppliment  

♥ kenapa BINA protein penting?? untuk pelihara otot dalam badan.samada anda perasan atau tidak mereka yang turun berat badan tapi ada yang badan masih menggeleber?? Ini adalah kerana berat yang turun kerana kehilangan lemak dan OTOT..Apabila kehilangan otot , anda kehilangan keupayaan untuk membakar lemak dan merendahkan kadar metabolisma. . adalah penting untuk tingkatkan METABOLISMA badan bagi pembakaran lemak..

#lakukan pilihan yang bijak untuk cantik sihat bersama SHAKLEE

Dah cuba set kurus tapi tak berkesan KLIK SINI

FIZA 0179748731
PENGEDAR SAH SHAKLEE

[Cadangan Set Kesuburan SUAMI & ISTERI]

Kali ni nak kongsikan Cadangan Set kesuburan utk pasangan suami & isteri yg sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat.kedua2 set ini bertujuan untuk membantu mengatasi masalah hormon yg berkaitan dgn peranakan isteri mahupun suami..

Tiada JAMINAN bahawa setelah mengamalkan set2 ini anda akn trs hamil..semua itu bergantung kpd kuasa DIA jua.sebagai manusia,seeloknya kita berusaha dan berikhtiar..selebihnya serahkan saja kpd DIA.
Mungkin ada pasangan yg mempunyai masalah kewangan untuk berjumpa dgn PAKAR SAKIT PUAN/SAKIT TUAN..dgn cadangan Set Kesuburan Shaklee,ianya membantu pasangan yg kurang berkemampuan dari segi kewangan.

Jom kita lihat fungsi2 vitamin yg diperlukan untuk KESUBURAN:-

1) Set Lelaki
→ Zinc complex
    ♣ Membantu melancarkan peredaran darah ke seluruh badan dan alat sulit
    ♣ Meningkatkan kuantiti sperma
    ♣ Membantu untuk memekatkan sperma
    
→ Vitamin E
    ♣ Meningkatkan keupayaan seksual
    ♣ Menghasilkan sperma yang berkualiti
    ♣ Menghasilkan sperma yg sihat dan tidak cacat

2) Set Perempuan
→ Gla complex
    ♣ Mengatasi masalah PERIOD tidak teratur
    ♣ Membantu meningkatkan kualiti telur
    ♣ Mengatasi masalah SENGGUGUT kuat
    ♣ Mengatasi masalah CYST,FIBROID,PCOS

→ Alfalfa complex
    ♣ Membantu masalah KEPUTIHAN
    ♣ Meningkatkan keupayaan seksual

Setiap vitamin memainkan peranan yang berbeza untuk KESUBURAN..kedua2 pihak memainkan peranan yg penting utk memastikan kesihatan "dalaman" khususnya.

#CadanganSetKesuburan
#SuamiDanIsteri

FIZA | 0179748731
Pengedar Sah Shaklee

[Testimoni Alfalfa + Lecithin]

Wowwww,banyaknya berat customer ni turun..penangan Alfalfa dan LECITHIN..ohsemnyeeee.;-)
Customer ni amalkan 2 jenis vitamin ni secara KONSISTEN..bukan hangat2 taik ayam je tau.tapi KONSISTEN..kalau uolss pun mkn vitamin yang sama tapi amik secara tak konsisten,tak jaga makan dan tak bersenam,jangan haraplah nak turun berat sebanyak tu.

2 vitamin ni hanya membantu saja..ianya bknnya ubat kurus.jangan uolss fikir bila maakn arini,esok pagi dah turun 10kg!..TIDAK!..memang uolss takkan dapat hasil camtu..sebabnya kedua2 vitamin ni akan bertindak secara semulajadi dalam badan uolls dan bergantung pada metabolisma individu tu sendiri.ianya akan amik masa utk nampk hasilnya..nak ke kurus tapi kemudian hari SAKIT?tak nak kn..jadi uolss kena byk2 bersabar.
Belum cuba Alfalfa & Lecithin lagi?jom dapatkan skrg drpd saya.;-)

#Testimoni
#SetKurusBajet

Kenapa saya dah makan set kurus tapi takde kesan punn..KLIK SINI

FIZA | 0179748731
Pengedar Shaklee

Lecithin

Anda mengalami SEMBELIT!!!susah kan bile dh sembelit ni terseksa jiwa raga hihi...LEMAK sana sini,dah bermacam produk guna tp xde hasil spt yg diharapkan...meh sini nk cite ckit kat uolls...  
Lecithin dinamakan "PENGEMULSI SEMULAJADI" krn ia mempunyai kesan "MELEKAT PADA LEMAK" dlm kata ringkasnya,ia menyebabkan lemak itu "TERAPUNG" dlm darah dan seterusnya  mencegah lemak dari melekat pada dinding membran.  
Lecithin sekarang menjadi sebutan dlm aspek menguruskan badan,menurunkan kadar kolestrol,memecahkan lemak & sebagainya...Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan tp ianya sgt diperlukan oleh badan...utk lebih details jom baca apakah fungsi2 & siapa yang perlukan Lecithin  
--------------------------
Fungsi-fungsi Lecithin
--------------------------
☀️Mengurangkan sembelit
☀️Pemecah lemak & kolesterol
☀️Pelangsingan badan
☀️Meningkatkan daya ingatan
☀️Mengurangkan tekanan darah rendah
☀️Membaiki Prostat bagi lelaki
☀️Mengurangkan stress
☀️Melindungi hati & menghalang batu karang
☀️Mencantikkan kulit & otot
☀️Membantu penyerapan vitamin A,D,E & K  
----------------------------------
Siapa Yang Boleh Mengambil Lecithin
----------------------------------
☀️Mereka yang nk kurus termasuk ibu menyusu
☀️Pesakit diabetes,buah pinggang & stroke
☀️Mereka yg ada kolestrol tinggi
☀️Mereka yg mengalami inflamasi spt pesakit gout
☀️Meraka yg sukar tidur

Haa tu diaa...kelebihan lecithin,bkn sekadar utk menguruskan badan tp juga utk keseluruhan tubuh kita ni..  

# Moh kite singkirkan LEMAK!!!
# sihat & cantik dgn SHAKLEE  

FIZA l 0179748731
Shaklee Independent Distributor

Ahad, 8 Jun 2014

PENGESAHAN SIJIL HALAL PRODUK SHAKLEE

Assalamualaikum wbt..

Produk Shaklee dijamin halal dan diperbaharui setiap tahun..

Yang terkini diperbaharui pada 27 Januari 2014


Sijil Halal ini dikeluarkan oleh ISLAMIC SERVICES OF AMERICA
ISA adalah badan yang diiktiraf oleh JAKIM
Senarai penuh BADAN YANG DIIKTIRAF JAKIM melalui portal Rasmi Halal Malaysia.

Jadi jangan ragu-ragu lagi!

Sebarang tempahan produk boleh hubungi saya:
SMS/ WHATSAPP
FIZA 017-9748731

Manfaat performance drink

Jarang plak saya bagi info tentang PERFOMANCE DRINK aka PD ni kan??kalau uolss nak tahu.,PD minuman elektrolit yg berperisa ala2 oren.tapi xmanis ye.,mmg sedap..Ni diaaa saya nak share MANFAAT PERFOMANCE DRINK :

◆ Meningkatkan daya ketahanan badan
- Memberikan tenaga kpd otot dan sel dgn cepat
- Menggantikan air yg hilang sewaktu latihan fizikal.
- Meningkatkan daya tahan otot

◆ Membekal tenaga
- Mengimbangi dan membekalkan elektrolit dlm tubuh.
- Mengimbangi metabolisme air dlm tubuh

◆ Mengatasi Penghidratan
- Mengurangkan kehausan
- Melembabkan kulit

◆ Mengekalkan Paras Gula
- Memelihara paras gula yg penting utk tenaga otot
- Mempercepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.

Uolss yg masih tak ada lagi Supplement Perfomance Drink ni.,mai2 cepat grab satu sorg ye.,Dengan keadaan cuaca yg panas skang.,,Elok2 & sesuai sgt2 la.,uolss..cuba amalkan,,Utk kesihatan tubuh dan Supaya kekal bertenaga sepanjang hari...

# Perfomance Drink kekal bertenaga
# Pm for details

FIZA | 017974873l
Pengedar Sah Shaklee

Senggugut

Pengenalan :
#Senggugut kerap dialami oleh golongan wanita yang masih datang haid. Ia sering kali menjadi keluhan kerana ia menganggu kerja-kerja seharian, dan menjadi sebab utama mereka tidak pergi ke sekolah atau kerja
.
Definisi Apakah itu Senggugut?
#Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing.Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil "dysmenorrhoea".
Terdapat dua jenis senggugut:

#Senggugut Primer
Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.

#Senggugut Sekunder
Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur.

Sebab-sebab:

# Penyakit endometriosis. 
Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
#Cyst Ovari dan tumor
# Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
#Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
#Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
#Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.

EAPIDEMILOGI

Lebih daripada 60% perempuan remaja mengalami senggugut primer. Satu dalam 10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga menganggu aktiviti seharian.Ia adalah lebih kerap berlaku kepada seseorang yang merokok, mereka yang mengalami akil baligh yang lebih awal, dan yang mempunyai haid yang banyak2.
Senggugut adalah lebih jarang berlaku di kalangan wanita yang pernah atau baru bersalin, dan yang menggunakan pil perancang.

Tanda-tanda :
1. Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.

# Senggugut primer.
Ia biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu, dan berhenti apabila haid berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari. Kesakitan ini berkurangan apabila umur meningkat dan selepas bersalin.
#Senggugut sekunder. Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid and bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami Senggugut Sekunder.

*Haid yang tidak tetap
*Kesakitan antara haid
*Pendarahan yang bertamban banyak
*Lelihan dari faraj
*Kesakitan ketika melakukan seks
*Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang
*Loya dan muntah, cirit-birit.

Komplikasi
*Physical - Infertiliti (Tidak dapat mengandung)
*Mental - stres, tidur terganggu

♥ sumber : My Health Kementerian Kesihatan Malaysia

Elah serangan senggugut KLIK SINI