Khamis, 24 Julai 2014

Carta Makanan Bayi Anda

Adakah bayi anda sudah mula makan makanan pejal? Pastikan anda menyediakan menu makanan yang berkhasiat dan memenuhi keperluan nutrien si manja. Sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga mengalami kegemukan, anda perlu lebih berhati-hati dalam soal pengambilan makanan sejak anak kecil lagi.
Si kecil yang gemuk sejak kecil berisiko tinggi untuk terus berkeadaan sebegitu apabila meningkat usia dewasa kelak. Oleh itu disiplinkan bayi anda dengan corak pemakanan sihat sejak mereka kecil lagi.
Carta makanan berikut membantu anda dalam penyediaan menu makanan untuk bayi anda.
Umur 6 bulan
Tekstur makanan – Puri (halus).
Minuman – Susu ibu (lima kali sehari).
Makanan cadangan – Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam, lobak merah dan mangga.
Makanan perlu elak – Garam, gula, produk tenusu, makanan berasaskan gandum, telur dan kekacang.

Umur 6-8 bulan
Tekstur makanan – Puri yang sedikit kasar.
Minuman – Susu ibu atau formula (empat kali sehari), air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan.
Makanan cadangan – Buah-buahan, sayur-sayuran, gandum, telur dan mentega kacang.
Makanan perlu elak – Susu lembu segar, cili, garam, telur putih, gula, ikan dalam tin, organ dalaman haiwan.

Umur 8-9 bulan
Tekstur makanan – Lenyek atau kisar.
Minuman – Susu ibu atau formula (empat kali sehari), air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan.
Makanan cadangan – Buah-buahan, sayur-sayuran, gandum, telur dan mentega kacang.
Makanan perlu elak – Susu lembu segar, cili, garam, telur putih, gula, ikan dalam tin, organ dalaman haiwan.

Umur 9-12 bulan
Tekstur makanan – Cincang.
Minuman - Susu ibu atau formula (tiga kali sehari), air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan.
Makanan cadangan -  Buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, daging, produk tenusu dan telur.
Makanan perlu elak – Telur putih, cili, kerang-kerangan, garam , gula, organ dalaman haiwan dan lemak.

Umur 12-18 bulan
Tekstur makanan – Cincang.
Minuman - Susu ibu atau formula (dua kali sehari), air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan
Makanan cadangan -  Sama seperti keperluan ahli keluarga lain.
Makanan perlu elak – Telur mentah, cili dan kerang-kerangan.

Sumber: Buku 300++ Resipi & Panduan Lengkap Pemakanan Anak
sumber majalah PA & MA

Rabu, 23 Julai 2014

Makanan Untuk Rahim Sihat

Tahukah anda bagaimana kisah perubahan saiz rahim anda sebelum dan selepas mengandung? Rahim wanita boleh diumpamakan seperti belon selepas kehilangan udara apabila sudah melahirkan bayi. Rahim akan mengecil dengan pantas dan mengecut kembali kepada saiz dan posisinya yang normal.
Semasa proses kelahiran, ada wanita yang perlu melalui proses guntingan episiotomi yang dijahit semula untuk membaiki luka akibat guntingan. Luka pada rahim ketika hamil terpisah ketika bayi dilahirkan. Ini menyebabkan sebahagian besar dinding rahim menjadi luka parah.
Oleh sebab itulah wanita selepas melahirkan anak kerap diingatkan tentang penjagaan khusus untuk rahim sama ada dari segi pemakanan mahupun pergerakan fizikal bagi mendapatkan semula rahim yang sihat dan kuat.
Makanan yang mengandungi banyak protein dan vitamin perlu dimakan selepas bersalin. Ambil makanan atau minuman seperti nasi atau susu (rendah lemak) dan keju (perlu dielakkan oleh penghidap hipertensi, buah pinggang, hiperkolesterolemia dan gangguan pembuluh darah).
Pengambilan susu perlu diseimbangkan dengan pengambilan makanan kaya magnesium dan kalsium yang terdapat dalam sayuran berdaun hijau seperti sawi, bayam, brokoli, epal, tauhu dan tempe.
Banyakkan juga pengambilan makanan bersumber vitamin C terutama buah-buahan segar yang dapat mempercepatkan keberkesanan penyerapan kalsium atau pun magnesium.
Kekacang juga turut menyumbang vitamin B kompleks yang berperanan dalam pemulihan tenaga, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, memperbaiki sistem reproduksi serta mengaktifkan hormon kelamin. Vitamin B kompleks terdapat dalam roti, kentang, sayuran berdaun hijau, ikan, hati, susu dan telur.

SUMBER PA & MA

Perjalanan Mudah Dengan Susu Ibu


Membuat persiapan pulang ke kampung atau pergi bercuti di musim perayaan pastinya memerlukan perancangan yang teliti. Apatah lagi sekiranya mempunyai sederet anak kecil yang masih memerlukan perhatian dan pelbagai barangan keperluan mesti dibawa bersama.
Bertuah bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Anda sebenarnya telah menjimatkan banyak perkara termasuk masa, tenaga dan ruang selain memelihara kesihatan anak daripada bahaya jangkitan ketika bercuti.  Meneruskan penyusuan ketika dalam perjalanan banyak membantu anda.
Ada banyak sebab mengapa anda perlu tersenyum sekiranya menjadi ibu menyusu terutama ketika inigin membuat perjalanan jauh bersama keluarga di musim perayaan. Mengapa?
  1. Ibu yang menyusu anak dengan susu ibu mendapati penyusuan membuatkan perjalanan lebih senang berbanding penyusuan susu botol.

  1. Dengan meneruskan penyusuan susu ibu, anak akan terus mendapat bekalan nutrien dan faktor perlindungan yang amat penting untuk melawan sebarang jangkitan yang mana bayi mungkin terdedah kepadanya. Walaupun bayi sudah diperkenalkan kepada makanan tambahan, susu ibu tetap merupakan sumber makanan yang bersih, mudah dan sentiasa berada pada keadaan dan suhu sempurna.

  1. Ibu boleh menyusu mengikut keperluan  bayi. Ia menjadi sumber untuk bayi menghilangkan dahaga, menenangkannya ketika tidak selesa ataupun meragam disebabkan oleh tekanan yang menyebabkan telinganya sakit (sekiranya menggunakan kapal terbang) atau keletihan akibat terperangkap dalam kesesakan jalan raya.  Oleh itu, penyusuan akan mengurangkan tekanan pada telinganya.

  1. Hormon prolaktin yang dihasilkan membantu menenangkan ibu dan oksitosin pula menimbulkan perasaan cinta dan kasih sayang, ikatan, komunikasi positif antara ibu dan anak. Ia adalah cara terbaik memenuhi keperluan fizikal dan emosi ibu dan anak. Pastinya ia cara terbaik untuk mengatasi tekanan sepanjang perjalanan yang panjang dan meletihkan.

  1. Melindungi anak daripada bahaya alam sekitar kerana tidak perlu menggunakan apa-apa peralatan (botol, puting susu dan lain-lain) yang boleh dibasuh dan dibilas. Susu ibu terhasil dalam persekitaran yang paling steril.
Info daripada Rita Rahayu Omar, Pakar Laktasi
Sumber majalah PA & MA

SET PENYUSUAN SHAKLEE KLIK SINI

Mengatasi Masalah Mata Rabun


Masalah mata rabun kini bukan sahaja berlaku dalam kalangan orang dewasa. Kanak-kanak juga semakin ramai yang mengalami masalah rabun. Oleh kerana risiko mereka terdedah kepada masalah rabun semakin meningkat, anda sebagai ibu bapa perlu mengambil langkah awal untuk mengelakkannya.
Penjagaan dari kecil terutama dalam bab pemakanan boleh membantu pencegahan awal masalah mata rabun. Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin A dan D seperti lobak merah, epal, manggal dan betik. Ia membantu mengurangkan masalah mata rabun bahkan jika yang sudah ada masalah rabun, jika mengamalkan pemakanan sihat ini ia mampu mengurangkan tahap rabun anda.


Sumber: Majalah PA & MA

Cadangan Shaklee
 Carotomax

FIZA 0179748731
PENGEDAR SAH SHAKLEE

Bentan, Apa yang perlu kita tahu..

Masalah bentan sering dikaitkan dengan wanita dalam tempoh pantang bersalin. Apakah sebenarnya bentan? Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin.
Maksudnya jika ibu culas menjaga diri ketika tempoh rawatan, dia berisiko untuk mengalami sakit semula atau bentan. Ada ibu mengalaminya pada penghujung tempoh berpantang atau selepas selesai melalui pantang.
Tanda dan sebab bentan:
*Mengambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras. Akibatnya badan berasa sejuk dan seperti hendak pitam. Ia berlaku kerana dalaman badan ibu masih belum sembuh sepenuhnya.
Sekiranya mengalami keadaan ini, sukar untuk ibu sihat dengan segera. Ada yang mengalaminya berminggu-minggu bahkan ada yang sampai berbulan sebelum kembali sembuh.
Jenis bentan:
  1. Bentan urat
Badan menjadi lemah seperti demam, bias-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.

  1. Bentan urat peranakan/urat rahim
Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

  1. Bentan urat besar (pinggang)
Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.

Bagi mengelakkan ibu terkena bentan, penjagaan diri ketika tempoh berpantang perlu diberi perhatian serius.

  1. Banyakkan berehat
Selepas bersalin, ibu perlu banyak berehat, jangan terlalu aktif membuat kerja rumah atau mengangkat objek berat termasuk memandikan bayi. Minta bantuan daripada suami atau penjaga lain untuk membantu.
  1. Elak jangkitan kuman
Ibu selepas bersalin mudah mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu jaga kebersihan diri anda untuk mengelakkan jangkitan kuman.
  1. Jaga pemakanan
Pemakanan turut mempengaruhi masalah bentan. Oleh itu pastikan ibu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat khusus untuk ibu berpantang. Antara makanan bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terung, nangka muda.

Sumber : Majalah PA & MA

Khasiat Bawang Putih

Bawang putih bukan sahaja enak menjadi bahan asas dalam masakan tetapi ia merupakan satu-satunya antibiotik yang dapat membunuh bakteria. Pada masa yang sama, bawang putih dapat melindungi tubuh daripada racun yang menyebabkan jangkitan.

Pengambilan bawang putih segar ketika hamil dapat mengurangkan risiko pra-eklampsia iaitu kenaikan tekanan darah dan kadar protein dalam urin. Kajian menunjukkan bawang putih mampu meningkatkan berat badan bayi yang kecil.

Selain dari itu, bawang putih juga menjadi satu cara untuk menyembuhkan ibu menyusu yang terkena selsema.  Caranya, ibu cuma perlu makan bawang putih. Melalui cara ini, ibu tidak perlu mengambil antibiotik yang mengalir kepada bayi melalui susu ibu.

Sumber: Majalah PA & MA

Garlic Complex Shaklee kan ada..
Cecuba..



FIZA 0179748731
Pengedar Sah Shaklee