Khamis, 4 Disember 2014

Petua Hilangkan kesan karat pada pakaian

Assalamualaikum dan selamat pagi hari ini fiza nak share tentang kesan karat pada pakaian.
Selalunya pakaian yang berwarna putih selalu macam ni.. Baju sekolah terutama sekali .
Apa punca kesan karat pada pakaian ni?
Pakaian yang disimpan lama biasanya mempunyai kesan karat di bahagian lipatan.
Kesan karat juga boleh terkena pada pakaian jika tempat sidaian besi itu sendiri berkarat.

Jom tengok petua nak hilangkan kesan karat pada pakaian . Mungkin boleh membantu uolls yang mempunyai masalah ni.


Petua Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Anda menghadapi masalah membersihkan kesan karat pada pakaian?
Cubalah petua-petua di bawah untuk menghilangkan kesan karat pada pakaian.

Petua Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian 1:
Sapukan sabun mandi pada bahagian yang terkena karat hingga menutupi kawasan yang berkarat sepenuhnya. Kemudian rendam ke dalam air yang telah diperah limau nipis atau limau kasturi. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

Petua Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian 2:
Tenyeh buah belimbing buluh yang telah masak pada bahagian pakaian yang terkena karat. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

Petua Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian 3:
Taburkan garam pada bahagian yang terkena karat dan percikkan cuka pada bahagian pakaian yang terkena karat. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

Petua Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian 4:
Gosok isi limau nipis pada bahagian yang terkena karat dan kemudian rendam pakaian itu dalamair garam. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

Credit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan