Isnin, 20 Oktober 2014

Perlukah Multivitamin Ketika Hamil?


Kadang kala kerana terlalu teruja untuk menjaga kandungan, bakal ibu mengambil banyak suplemen tambahan selain yang dibekalkan oleh doktor. Tujuannya untuk menjaga kesihatan bayi dalam kandungan dan mahu anak lahir cergas dan bijak.
Persoalannya, perlukah wanita hamil mengambil suplemen multivitamin? Sebenarnya selagi kehamilan anda sihat dan tidak bermasalah, cuma satu sahaja vitamin yang perlu diambil sebagai suplemen iaitu vitamin B atau asid folik.
Doktor juga biasanya akan membekalkan suplemen ini sejak awal kehamilan lagi. Sebaiknya ibu hamil mendapatkan pelbagai khasiat vitamin dan mineral lain yang diperlukan sepanjang hamil dengan memakan pelbagai makanan yang sihat. Diet yang seimbang adalah cara terbaik untuk mendapatkan nutrien yang ibu dan bayi perlukan.
Makanan yang sihat mestilah mengandungi empat kumpulan makanan berikut:
*Buah-buahan dan sayur-sayuran, sama ada segar, sejuk-beku, dalam tin atau yang kering. Cuba makan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
*Makanan berkanji dan mengenyangkan (karbohidrat) seperti roti, pasta, nasi dan kentang. Jadikan makanan berkanji sebagai asas hidangan anda dan sebaik-baiknya pilihlah bijian penuh.
*Makanan yang kaya dengan protein seperti daging, ikan, telur dan kekacang. Makanan-makanan ini juga merupakan sumber zat besi yang bagus.
*Makanan berasaskan tenusu yang mana mengandungi kalsium, seperti susu, keju dan yogurt. Sama seperti ikan dan garam laut, produk tenusu adalah sumber iodin baik yang diperlukan oleh ibu hamil untuk membantu perkembangan otak bayi.
Sebaiknya elakkan daripada makan terlalu banyak makanan dan minuman berlemak atau manis. Makanan ini mungkin mengenyangkan untuk jangka masa pendek, tetapi tidak membekalkan mineral dan vitamin yang diperlukan.
Walaupun tidak dinafikan, kadang kala sukar untuk ibu mendapatkan diet yang seimbang terutama sekiranya mengalami masalah loya, muntah, tiada selera makan dan terlalu sibuk di pejabat, maka suplemen mungkin dapat membantu anda mendapatkan nutrient yang diperlukan.
Sumber: Pa & Ma

Makanan Tingkatkan Hemoglobin Rendah

Kadang kala ada dalam kalangan wanita hamil yang mempunyai masalah bacaan hemoglobin (Hb) rendah di dalam sel darah merah atau dikenali sebagai anemia. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu apabila ibu hamil mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.
Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl.  Cara mengatasi masalah anemia iaitu melalui pengambilan suplemen menambah darah dan pemakanan makanan kaya dengan zat besi.
Pengambilan suplemen yang bersesuaian untuk wanita hamil bermasalah anemia adalah zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks. Suplemen tersebut penting kerana kandungan zat besi, B kompleks dan asid folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Suplemen vitamin C pula membantu meningkatkan penyerapan zat besi.
Sebaiknya makan pil tersebut bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan optimum. Elakan daripada minum dengan air kopi, teh, minuman berkola, bercoklat dan susu. Minuman ini mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi.
Jika ingin mengambil makanan mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi, pastikan ia diambil sekurang-kurangnya satu hingga dua jam selepas waktu makan atau selepas makan suplemen zat besi.
Sumber makanan yang kaya zat besi yang baik adalah terdiri daripada sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis. Sayur-sayuran hijau pula seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kalian.
Lebihkan makan makanan yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam hidangan setiap hari seperti
*Buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C iaitu jambu batu, limau, betik, mangga dan sayuran hijau.
*Minum jus buah-buahan.
*Makan bersama pencecah buah-buahan seperti sambal mangga, tomato atau limau kasturi.
*Gunakan perencah daripada sumber haiwan seperti ikan bilis, udang, isi ayam dan daging.

Sumber : Pa & Ma

Jumaat, 17 Oktober 2014

Ziarah Orang Meninggal Dunia

Soalan:
Biasanya orang tua kita berpesan jika pulang dari menziarah orang meninggal jangan terus mendekati anak kecil dan asingkan pakaian yang dipakai dengan pakaian anak-anak. Kononnya nanti anak kecil akan meragam kerana terkena badi orang meninggal. Benarkah perkara itu dan apa pandangan agama Islam?
Jawapan:
Apabila seorang muslim meninggal dunia, apa yang diajar oleh Islam ialah mengikutinya, bukan menziarahinya. Ziarah dilakukan ketika seorang muslim masih hidup namun dalam keadaan sakit.
Bezakan dua perkara ini berdasarkan hadis berikut, di mana Rasulullah bersabda:
Hak seorang muslim terhadap seorang muslim ada enam perkara (iaitu): (1) Apabila kamu bertemu dengannya, ucapkankanlah salam kepadanya. (2) Apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya. (3) Apabila dia minta nasihat, berilah dia nasihat. (4) Apabila dia bersin lalu dia membaca tahmid, doakanlah semoga dia beroleh rahmat. (5) Apabila dia sakit, ziarahilah dia. (6) Dan apabila dia meninggalkan dunia, ikutilah (jenazahnya). [Shahih Muslim, no: 4023/2162]
Maksud mengikuti jenazah ialah mengikuti jenazah dari saat dia meninggal dunia sehinggalah disolatkan (solat jenzah) dan dikuburkan. Ini berdasarkan hadis berikut: Sesiapa yang mengikuti jenazah muslim kerana iman dan mengharapkan balasan (daripada Allah), dan dia selalu bersama jenazah tersebut sampai disolatkan dan selesai dikebumikan, maka dia pulang dengan membawa (pahala) dua qirath, setiap qirath setara dengan gunung Uhud. Dan sesiapa menyolatkannya dan pulang sebelum dikuburkan maka dia pulang membawa satu qirath. [Shahih al-Bukhari, no: 45/47]
Ada pun badi mayat, ia adalah kepercayaan masyarakat bahawa kononnya makhluk ghaib yang selama ini menemani jenazah ketika hidup telah berpindah kepada salah seorang yang mengikutinya setelah dia meninggal dunia.
Badi mayat menyebabkan seseorang yang pernah mengikuti jenazah sering mengalami mimpi ngeri, menghidu, mendengar atau melihat sesuatu yang sebenarnya tidak ada, keresahan, ketakutan dan lain-lain gangguan.
Sebenarnya apabila seseorang mengalami gangguan seumpama di atas selepas mengikuti jenazah, ia adalah gangguan syaitan yang berkeliaran dan bukannya gangguan makhluk ghaib yang kononnya pernah menemani jenazah ketika hidup.
Ia berlaku kerana dalam suasana terlalu kesedihan tatkala mengikuti jenazah, seseorang itu kerap kali lupa kepada Allah sehingga mudah dipengaruhi oleh syaitan.
Tidak ketinggalan ialah pelbagai bid’ah yang dilakukan di sisi jenazah, ia menjadi daya tarikan kepada syaitan untuk datang menghinggap dan mengganggu.
Bid’ah-bid’ah tersebut, meski pun kelihatan seperti amalan agama, sebenarnya adalah amalan yang tidak disyari’atkan oleh Allah. Bid’ah adalah amalan yang dikehendaki oleh pengamal itu sendiri dan bukannya apa yang dikehendaki oleh Allah. Justeru bid’ah menjauhkan pengamalnya daripada Allah sehingga mudah dijadikan mangsa oleh syaitan.
Oleh itu apabila mengikuti jenazah, lakukanlah apa yang disyari’at oleh Islam tambah menambah, mengurang atau mengubah suai. Selain itu jangan lupa kepada Allah, ingatlah bahawa kita semua milik Allah dan Allah berhak mengambil kita pada bila-bila masa yang dikehendaki-Nya.
Merujuk kepada soalan di atas, setelah pulang daripada mengikuti jenazah hendaklah menyebut nama Allah (membaca Bismillahi Rahmanir Rahim) ketika masuk rumah dan ketika menutup pintu rumah.
Ini berdasarkan hadis berikut: Apabila seorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah (dengan membaca Bismillah) ketika memasukinya dan ketika ingin makan, berkatalah syaitan (kepada golongannya): “Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga makanan malam.”
Sebaliknya apabila seorang itu memasuki rumah dan tidak mengingati Allah ketika memasukinya, berkatalah syaitan (kepada golongannya): “Kalian telah mendapat tempat bermalam.” Apabila seorang tidak mengingati Allah ketika makan, berkatalah (syaitan kepada golongannya): “Kalian telah mendapat tempat bermalam dan makan malam.” [Shahih Muslim, nno 3762/2018]
Amalkan tunjuk ajar Rasulullah di atas setiap kali memasuki rumah, baik apabila pulang dari pejabat, pasar, bersukan, menziarahi orang sakit atau mengikuti orang yang meninggal dunia.
Sumber : Pa & MA

Solat Ketika Hamil


Soalan:
Saya kini sedang sarat mengandung di mana usia kehamilan sudah masuk tujuh bulan. Perubahan berat badan membuatkan saya sukar bersolat secara berdiri dan akan mengakibatkan kaki sakit dan susah bangun jika melakukannya juga. Bolehkah wanita hamil bersolat secara duduk? Apakah kriteria yang membolehkannya? Terima kasih.

Jawapan:
Islam adalah agama yang memahami kesukaran yang kadang kala di hadapi oleh umatnya. Allah SWT berfirman: “Dan Dia (Allah) tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.” [al-Hajj 22:78] Merujuk kepada ibadah solat, Allah berfirman: “(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring.” [‘Ali Imran 3:191]
Sebahagian ahli tafsir berpendapat ayat di atas antara lain merujuk kepada ibadah solat kerana solat itu sendiri satu bentuk ingatan dan sebutan kepada Allah. Maka jika seseorang itu sukar untuk solat secara berdiri maka dia solat secara duduk dan jika tetap sukar, maka dia solat secara berbaring. [Tafsir al-Qurtubi, 3/773] Kadar kesukaran yang membolehkan seseorang itu solat duduk atau baring berbeza-beza mengikut individu, yang penting dia bersikap jujur kepada Allah dalam mengukur kesukaran yang dihadapinya.
Di antara kesukaran tersebut ialah melaksanakan solat ketika sedang hamil. Orang yang hamil menghadapi kadar kesukaran yang berbeza-beza. Bagi sebahagian orang mereka tetap dapat melaksanakan solat seperti biasa sehinggalah ke saat bersalin. Sebahagian lagi menghadapi kesukaran, khasnya apabila memasuki trimester ketiga. Maka bagi kes ini, dibolehkan baginya untuk solat secara duduk.
Cara solat duduk ialah duduk secara bersila di atas lantai dengan menghadap kiblat. [Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 1660] Rukuk dengan membongkokkan badan dengan kedua-dua tangan memegang lutut. Sujud adalah seperti biasa, namun jika mengalami kesukaran maka bongkokkanlah badan lebih rendah berbanding rukuk dengan kedua-dua tangan menyentuh lantai.
Jika sukar untuk duduk bersila, pilihan lain ialah duduk sepertimana duduk di antara dua sujud. Jika masih sukar, pilihan lain ialah duduk di atas kerusi. Pergerakan untuk rukuk dan sujud adalah sepertimana penjelasan di atas (duduk bersila).
Sumber : PA& MA

Jumaat, 10 Oktober 2014

Gabus oh gabus

Hi, selamat petang entri kali ni fiza nak cerita pasal gabus na..

Setiap kali parcel shaklee sampai banyak gabus kita dapat..
Apa korang semua buat dengan gabus banyak2 tu?

                                                        Picture ehsan cik google

Setakat ni fiza tak buat apa pun gabus ni cuma fiza kumpulkan dan beri pada cikgu untuk buat D.I.Y
Moga bermanfaat pada beliau.. sayang plak nak buang hihi..


Selain tu boleh la recycle guna semula untuk hantar barang pada customer.

Kita mungkin boleh buat DIY camni..
atau camni..
                                                     
                                               Last2 jadi camni tempat bulus2 tidur..hahaaa

Khamis, 9 Oktober 2014

Senarai cawangan @ Branch Shaklee di Malaysia

Sekiranya anda pengguna setia produk Shaklee, penting bagi anda untuk tahu di mana lokasi cawangan atau branch Shaklee di Malaysia ini. Bukannya apa, manalah tahu rupa-rupanya selama ini cawangan Shaklee hanyalah 100 meter sahaja dari kediaman anda. Kelebihan sekiranya  cawangan Shaklee ini berdekatan dengan rumah anda adalah anda akan boleh terus dapatkan produk Shaklee di kaunter dan tak perlu lagi menunggu barangan anda yang dihantar melalui kurier.

Ibu Pejabat Shaklee Malaysia

Sunway Pinnacle
Level 9, The Pinnacle
Persiaran Lagoon, Bandar Sunway
47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan .
Tel   : 03-56223188
Faks: 03-56223099 (Corporate)
          03-56223199 (Customer Service)
Toll free: 1800 88 6577
www.shaklee.com.my

Besarkan Hall Shaklee






Cantikkan HQ ni , mesra family ada playground untuk anak-anak dan kaunter pun banyak.

Pejabat Cawangan atau Branch Shaklee di Seluruh Malaysia

Cawangan Shaklee
Waktu Perniagaan
Peta Lokasi
Kuala Lumpur
No. 32, Jln Rampai Maju 3,
Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.
Telefon : 603-4142 1067
Fax: 603-4142 1027
Hubungi :
Ida ( Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu (Pertama & Ketiga:
10:00 a.m. to 7:00 p.m
Penang 
A-2, Jalan Todak 1,
Pusatbandar Seberang Jaya,13700 Perai.
Telefon : 604-397 4325
Fax: 604-397 4324
Hubungi :
Cannie Teoh (Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu (Pertama & Ketiga:
10:00 a.m. to 7:00 p.m
Ipoh
 32, Medan Istana 1,Bandar Ipoh Raya,30000 Ipoh.
Telefon: 605-241 8260
Fax: 605-241 8263
Hubungi:
Eunice Lau (Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu (Pertama & Ketiga:
10:00 a.m. to 7:00 p.m
Johor Bahru
14, Jalan Molek 1/10,Taman Molek,81100 Johor Bahru.
Telefon: 607-352 5188
Fax: 607-352 4188
Hubungi :
Fiona Chow (Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu (Pertama & Ketiga:
10:00 a.m. to 7:00 p.m
Kota Bharu
19, Section 25, Bandar Kota Bharu,Jalan Sultan Yahya Petra,15200 Kota Bharu.
Telefon: 609-747 8688
Fax: 609-747 7711
Hubungi :
Anuar (Penyelia Cawangan)
Ahad hingga Khamis
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu (Pertama & Ketiga:
10:00 a.m. to 7:00 p.m
Kota Kinabalu
Lot 4.1, Neutron Point,Lorong Poin Neutron,Jalan Lintas Khidmat,88300 Kota Kinabalu.
Telefon : 6088-393 848
Fax: 6088-393 851
Hubungi :
Olivia Fernandez
(Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu (Pertama & Ketiga:
10:00 a.m. to 7:00 p.m

Kredit sumber info ini Vitamin Nutrisi Keluarga
                                    Celik Vitamin

Rabu, 8 Oktober 2014

KURANG MINUM AIR KOSONG BOLEH MENJADI PUNCA KEGEMUKAN DAN PENYAKIT

Assalamualaikum dan selamat petang , hari ini fiza nak kongsikan entri mengenai air kosong .
Moga bermanfaat kepada semua.


Ramai yang tidak tahu sebenarnya secara purata 75% dari jisim tubuh manusia terdiri daripada air. Otak mengandungi 75% air, 92% dari darah dalam badan adalah air, 22% dari kandungan tulang adalah air dan 75% daripada otot juga merupakan air. Tak hairanlah kalau ramai pakar kesihatan yang menasihatkan kita agar sentiasa meminum air kosong! Ini adalah kerana, secara purata dalam sehari, seorang dewasa akan hilang sebanyak 10 cawan air dari dalam badan hanya dengan bernafas, berpeluh, membuang air kecil dan besar. Secara purata juga kita perlu meminum sebanyak 8 gelas (8 ounce) air bagi memastikan tubuh badan kita mendapat air yang mencukupi atau hydrated. Apatah lagi jika kita melakukan aktiviti fizikal lagilah banyak air yang perlu kita minum. Ada juga faktor lain yang memerlukan seseorang meningkatkan pengambilan air kosong. Faktor tersebut adalah seperti cuaca, senaman, penyakit, penyusuan badan dan ibu yang mengandung.
Tahukah anda bahawa proses penyahhidratan bermula sejurus sebelum anda merasa dahaga? Jadi, untuk mengelakkan keadaan tersebut pastikan anda sentiasa membawa botol air ke mana-mana sahaja anda pergi dan pastikan anda meminum air itu dan bukan untuk display sahaja. Ramai yang menyangka bahawa meminum minuman manis turut memenuhi keperluan air dalam badan namun itu tidak benar sama sekali! It’s the opposite! Jumlah air yang banyak digunakan untuk membersihkan dan mengasingkan kandungan gula dan garam yang ada dalam badan, jadi semakin banyak anda meminum minuman manis dan makan makanan bergaram, semakin banyak air dalam badan yang digunakan untuk proses perkumuhan jadi sebab itulah anda perlu sentiasa meminum air.
Dengan meminum air juga, ia dapat meningkatkan tahap metabolisma seseorang dan membuatkan kita rasa lebih kenyang. Ini juga amalan baik yang perlu dipraktikkan bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan. Apa pula yang terjadi jika badan kita tidak mengandungi air yang mencukupi? Jom kita baca sama-sama apa akibatnya:
1. FATIGUE
Ini adalah keadaan di mana aktiviti enzim dalam badan amat perlahan akibat kekurangan air yang menyebabkan kita cepat berasa penat dan lemah atau dikenali sebagai fatigue.
2. TEKANAN DARAH TINGGI
Seperti yang kita maklum, 92% dari kandungan darah adalah air, jadi apabila air dalam badan tidak mencukupi, darah kita akan menjadi pekat. Apabila kepekatan darah meningkat ia menyukarkan perjalanan darah dan ini boleh mengakibatkan kenaikan tekanan darah.
3. PENYAKIT KULIT
Kekurangan air dalam badan akan menghalang proses pembuangan toksin melalui kulit iaitu perpeluhan, jadi sekiranya toksin terperangkap di dalam kulit ini boleh mengakibatkan penyakit kulit seperti jerawat, dermatitis, psoriasis, kedutan dan tona tak sekata.
4. KOLESTROL TINGGI
Apabila dalam keadaan nyahhidrat atau dehydration, badan secara automatik akan menghasilkan lebih banyak kolestrol bagi menghalang kehilangan air dari sel dalam badan.
5. MASALAH PENGHADAMAN
Dalam air kosong terkandung zat-zat alkali dan mineral seperti magnesium dan kalsium. Zat-zat ini dapat membantu dalam proses penghadaman makanan. Jadi, kekurangan zat-zat tersebut memungkinkan penyakit-penyakit seperti, gastritis, ulser perut dan asid reflux akibat ketidakhadaman sesetengah makanan.
6. PENYAKIT BUAH PINGGANG DAN PUNDI KENCING
Dengan keadaan badan yang kekurangan air, ini menyebabkan toksin dan bahan buangan asid tidak dapat dinyahkan dari dalam badan. Perkumpulan asid dan toksin dalam badan ini akan menggalakkan pertumbuhan bakteria yang membawa kepada penyakit seperti jangkitan kuman, inflamasi dan kesakitan.
7. SEMBELIT
Apabila kekurangan air, usus adalah salah satu bahagian badan utama yang akan membekalkan sumber air kepada bahagian badan yang lain yang lebih kritikal untuk berfungsi. Apabila ini terjadi, usus akan kekurangan air untuk menjalani proses perkumuhan yang lancar dan ini mengakibatkan sembelit.
8. SENDI YANG SAKIT DAN TEGANG
Setiap bahagian sendi kita mempunyai lapisan kartiladge yang melancarkan pergerakan sendi. Kandungan utama kartiladge adalah air, maka sekiranya badan kekurangan air, proses pemulihan dan pembaikan kartiladge yang sering haus ini amat perlahan. Ini mengakibatkan sendi menjadi sakit dan tidak selesa apabila berlaku pergerakan sendi.
9. KENAIKAN BERAT BADAN
Dalam keadaan badan yang kekurangan air, sel-sel badan akan menjadi lemah dan bergantung. Kesannya seseorang cenderung untuk makan berlebihan atau terlalu kerap sedangkan keadaan sebenar ialah tubuhnya memerlukan air.
10. PROSES PENUAAN AWAL
Sekiranya dehidrasi yang dihadapi adalah kronik, segala organ utama dalam badan akan lemah dan gagal untuk berfungsi dengan baik dan ini terutamanya berlaku pada organ terbesar pada badan manusia iaitu kulit.
Sumber: themindunleashed.org

Isnin, 6 Oktober 2014

[Bakar lemak]

Korang makan apa untuk BAKAR LEMAK?jommm makan Lecithin dan Omega Guard Shaklee..utk singkirkan lemak2 degil dlm badan.lemak yg berlebihan boleh bagi badan ni gemuksss..seram tau!

Dua2 vitamin ni berbentuk softgel..senang sgt nk telan.sesuai la pada yg ssh sgt nk telan vitamin/ubat.ahakss.;-)

#Lecithin
#OmegaGuard

FIZA | 017974873l
Pengedar Sah Shaklee

Jumaat, 3 Oktober 2014

Cara Simpan Susu Dengan Betul

Berikut adalah beberapa tips penting mengenai tata cara penyimpanan susu, agar susu awet dan tetap selamat untuk diminum.

  • Untuk susu kemasan yang masih tertutup, anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk. Pastikan susu tersimpan dengan baik pada suhu 1-4 darjah celcius. Sebaiknya, tempatkan susu pada bahagian tengah peti sejuk. Elakkan menyimpan susu pada bahagian pintu peti sejuk kerana ini akan membuatkan kualiti susu akan berkurangan disebabkan suhu yang berubah-rubah ketika membuka dan menutup peti sejuk.

  • Bagi anda yang kerap menyimpan susu tepung di dalam jumlah yang banyak, simpan susu di dalam bekas yang tertutup rapat. Atau, anda boleh simpan di dalam bekas kedap udara yang juga tertutup. Kemudian, letakkan di dalam peti sejuk dengan suhu 10-15 darjah celcius.

  • Sebaiknya, minum susu cair di dalam kemasan yang telah dibuka pada hari yang sama. Kebiasaannya menuang susu dan kemudiannya memasukkannya semula di dalam peti sejuk selama berhari-hari akan menyebabkan susu rosak serta mudah dicemari bakteria.

  • Untuk susu pekat manis yang telah dibuka kemasannya, simpanlah di dalam peti sejuk. Pastikan anda tidak mengambilnya lagi selepas 20 hari.

  • Jangan lupa untuk selalu memerhatikan tarikh luput susu setiap kali anda membelinya atau setelah beberapa hari menyimpan. 

sumber: mingguan wanita

Misi Mendapat Perut Kempis


Antara kerisauan yang sering mengganggu para wanita selepas bersalin adalah masalah perut buncit dan menggeleber. Terasa hilang keyakinan diri tatkala memerhatikan perut yang banyak meninggalkan parut rekahan dan bentuk yang semakin menggeleber.
Sebenarnya ada banyak cara yang ibu boleh lakukan untuk mendapatkan kembalil perut kempis bak anak dara atau sekurang-kurangnya tidak buncit seperti wanita hamil tiga bulan. Misi mendapatkan kembali perut kempis boleh direalisasikan asal sahaja ibu ada kemahuan dan berdisiplin. Nak tahu apa caranya? Perhatikan senarai berikut. Nampak macam senang tetapi ia memerlukan disiplin yang tinggi demi sebuah misi.
  1. Menyusukan bayi sepenuhnya
Jangan pernah malas untuk memberi bayi susu ibu. Selain khasiatnya yang kita sedia maklum memberi banyak kebaikan kepada bayi, menyusukan bayi juga mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari.
  1. Berbengkung dalam pantang
Ada ibu yang malas hendak memakai bengkung ketika berpantang. Kononnya leceh dan merimaskan. Tetapi kesukaran tersebutlah membuatkan anda boleh dapatkan kembali perut yang kempis. Oleh itu jangan culas berbengkung sepanjang berpantang. Tetapi pakai bengkung dengan cara yang betul kerana jika tidak boleh memudaratkan.
  1. Bertungku dan bertangas
Amalan ini juga semakin jarang dilakukan oleh ibu selepas bersalin walhal ia merupakan kaedah tradisional untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam rahim.  Bertangas pula dapat memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan yang ada sepanjang mengandung.
  1. Jaga makan
Jangan terlalu mengikut selera makan yang kadang kala sukar dikawal. Walaupun sebagai ibu menyusu, anda tidak digalakkan berdiet berlebihan tetapi jangan ambil kesempatan untuk makan sesuka hati. Pastikan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang bagi membekalkan nutrien kepada bayi dan dalam masa yang sama mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber. Kurangkan makanan berlemak dan berminyak, sebaliknya ambil makanan berprotein secukupnya bagi membina semula otot serta makanan membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam dan salmon.
  1. Jangan lupa bersenam
Aktiviti senaman tidak dinafikan turut membantu menyelesaikan masalah perut buncit. Lakukan senaman kardiovaskular dan abdomen bagi membantu mengempiskan perut. Pastikan anda mengamalkan senaman yang khusus untuk membentuk perut daripada jurulatih yang diiktiraf. Lakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki.
  1. Hati-hati dengan postur badan
Jangan pandang remeh dengan cara pergerakan anda setiap hari. Kebanyakan ibu selepas bersalin kurang prihatin terhadap postur badan ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang. Postur yang salah turut menyumbang kepada masalah perut buncit dan menggeleber.
  1. Jom detoks
Kaedah detoksifikasi menggunakan bahan-bahan semula jadi turut membantu mendapatkan perut yang kempis. Lebihan toksin yang berkumpul dalam badan terutama bahagian perut perlu dikeluarkan. Amalkan proses detoksifikasi secara konsisten bagi membuang toksin dalam badan terutama bahagian perut.
sumber; PA & MA

Kebaikan Amalan Bertungku

Amalan bertungku adalah asas kepada amalan berpantang secara tradisional yang dilaksanakan oleh masyarakat Melayu. Namun kini, semakin ramai yang mencuba amalan ini ekoran daripada kebaikannya yang diakui kepada ibu selepas bersalin.
Bertungku dilakukan sebelum ibu berbengkung. Amalan bertungku dilakukan sama ada menggunakan seketul batu sungai atau alat tungku yang memang banyak di pasaran. Tidak kira sama ada anda menggunakan tungku biasa atau tungku berherba, kelebihannya tetap sama kepada wanita yang mengamalkan.
Salah satu kebaikan bertungku adalah mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku. Darah dan lendir mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh berpantang 44 hari mengikut kepercayaan Melayu. Rahim wanita tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini boleh mengugat kesihatan.
Jadi, tujuan bertungku dan memakan jamu adalah untuk memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan daripada badan. Amalan bertungku juga dipercayai dapat memecahkan lemak dalam badan yang berkumpul sepanjang mengandung, mengecutkan rahim dan organ yang bengkak kerana bersalin, mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal.
Ketika berurut, tukang urut yang mahir juga akan menaikkan rahim ibu selepas bersalin ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan mendapat penyakit lain di usia tua.
Biasanya  amalan tungku dibuat dengan cara tungku tersebut dibakar dan dibalut dengan daun serai, lengkuas, pandan dan lain-lain daun, kemudian dilapiskan dengan kain. Alat tungku ditekap pada kawasan perut dan paha selama sejam. Tetapi jika terlalu sibuk, sekurang-kurangnya peruntukkan setengah jam untuk bertungku. Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean, perlu elakkan kawasan perut dan amalan bertungku hanya boleh dilakukan selepas tiga ke empat minggu selepas bersaliln.
Oleh itu ibu selepas bersalin, jangan abaikan amalan tradisional ini kerana ia mempunyai manfaat berpanjangan kepada kesihatan anda. 
sumber : PA & MA

MASALAH KENCING KOTOR


Siapa pernah mengalami tentu sedia maklum bagaimana rasa sakitnya dijangkiti masalah kencing kotor. Kesakitan apabila membuang air kecil menjadikan proses tersebut pengalaman  yang memeritkan.
Masalah jangkitan selepas bersalin adalah satu hal yang boleh berlaku di mana jangkitan boleh melibatkan paru-paru, rahim, saluran kencing atau buah pinggang, luka bersalin sama ada luka pembedahan atau luka koyakan pada faraj, jangkitan pada betiks/kaki dan juga jangkitan pada payu dara.
Wanita yang baharu lepas bersalin lebih mudah untuk mendapat masalah kencing kotor dan ia adalah antara penyebab sakit dan demam selepas bersalin. Ini kerana semasa hamil, salur kencing urethratertekan oleh bayi yang membesar menyebabkan kencing tertahan (urine retention), dan semasa proses bersalin mungkin berlaku kecederaan atau trauma  urethra menjadikannya bengkak dan lebam.
Dalam masa yang sama, ibu mengalami sakit pada luka bersalin/episiotomi menyebabkan dia menahan kencing. Jika ibu ada mengambil ubat penahan sakit epidural ia turut boleh menyebabkan rangsangan saraf ke pundi kencing terganggu seterusnya ibu tidak terasa hendak kencing.
Kebanyakan kencing kotor adalah jangkitan kuman pada pundi kencing (cystitis), dan jika jangkitan ini tidak dirawat ia boleh merebak ke buah pinggang (pyelonephritis). Bila seseorang mendapat masalah ini, biasanya dia akan mengalami rasa sakit dan pedih semasa membuang air kecil, kerap kali kencing dan kencing yang tidak lawas.
Jika jangkitan sudah merebak ke buah pinggang seseorang itu akan mengalami demam yang tinggi dan sakit di bahagian belakang. Kadang kala boleh rasa loya dan muntah-muntah. Lebih kurang lima peratus wanita selepas bersalin mengalami masalah ini dan ia lebih tinggi sekiranya seseorang itu ada kateter iaitu air kencing dikeluarkan melalui tiub.
Kebanyakan masalah kencing kotor adalah disebabkan oleh kuman yang merebak dari luar (ascending infection) dan kencing tertahan (urine retention).

Bagaimana mencegah masalah kencing kotor
* Masalah kencing kotor boleh dicegah dengan memastikan minum air yang cukup dan jangan menahan kencing iaitu bila ada rasa untuk kencing terus pergi membuangnya. Air minuman membantu mencairkan air kencing anda dan memastikan bahawa anda akan membuang air kecil lebih kerap - membenarkan bakteria akan dibuang dari saluran kencing anda sebelum jangkitan boleh mula.
* Dalam masa yang sama,terutamanya  untuk ibu-ibu yang baharu lepas bersalin, pastikan kebersihan bahagian kemaluan/perineum dijaga dengan sempurna.
* Jika anda mengelap air kencing, mulakan dari depan ke belakang. Berbuat demikian selepas membuang air kecil dan selepas pergerakan usus membantu mencegah bakteria di bahagian dubur daripada merebak ke faraj dan uretra.
* Kosongkan pundi kencing anda sejurus selepas persetubuhan. Minum segelas penuh air untuk membantu bakteria dikeluarkan.
* Elakkan produk feminin yang berpotensi untuk membawa mudarat seperti menggunakan semburan deodoran atau lain-lain produk feminin, seperti douches dan serbuk, di kawasan kemaluan kerana ini boleh merengsakan uretra.
SUMBER :PA & MA

Khamis, 2 Oktober 2014

[Kenapa mesti pilih OSTEMATRIX?]  

Ostematrix atau nama manja di kalangan Sid dan customer adalah Oste.;-)..Ostematrix Shaklee bkn setakat kalsium saja..ada pelbagai lagi kelebihan Oste yg kecik molek ni.  

Sebiji Oste bersamaan dgn SEGELAS SUSU..yg paling best,oste ni sgt2 senang nak ditelan.baunya pun bau susu..sekali telan 4biji pun takde masalah..makan pula sekali sehari saja sblm tido.memang memudahkan bg yg tak suka minum susu tu.;-)  

Sebotol Ostematrix mampu bertahan sehingga 2BULAN..penjimatan berganda2 bagi yg suka berjimat.♥  

#OstematrixShaklee   
FIZA | 017974873l
Shaklee Independent Distributor

[12 kelebihan GLA COMPLEX]

1) Memelihara kesihatan – borage merupakan herba tradisi kegemaran orang Barat.
Fungsi borage :
- mengatasi ulser
- mengeluarkan virus
- melegakan kelesuan
- membersihkan kahak
- meringankan kebas urat saraf
- meningkatkan stamina

2) Mengawal hormon estrogen dan testosteron.
GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita yang mana prostaglandin ini melegakan simptom PMS (simptom pra-haid) seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan rasa sakit pada payudara.

Mi segera ganggu hormon wanita KLIK SINI

3) Meningkatkan kesuburan pada wanita
GLA mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama bagi meningkatkan kesuburan.
GLA juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan.
Selain itu, GLA complex membantu tubuh menghasilkan sejenis mukus yang dipanggil ‘cecair kesuburan’ di dalam rahim. ‘Cecair kesuburan’ ini memberi ‘ruang’ untuk telur dan sperma untuk terus hidup hingga 5 hari.
GLA juga memperbetulkan dan memperbaiki keadaan haid yang tidak teratur jika diambil secara konsisten setiap hari.

4) Melambatkan menopause (putus haid)
Memperbaiki keadaan menopaus seperti berpeluh-peluh , insomnia, dada berdebar-debar, ketidakhadaman, depresi dan rasa cepat marah. Pengambilan GLA jangka panjang juga mampu melambatkan proses penuaan, mengetatkan uterus dan menjadikan kulit kelihatan lebih muda.

5) Mencantikkan kulit
Memperbaiki inflamasi kulit seperti ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan, fungus dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis.

6) Mencantikkan rambut
Memperbaiki tekstur rambut, rambut kering dan masalah rambut gugur.

7) Pelangsingan
Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan, memberi tona pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.

8) Menentang kanser
GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imunisasi tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

9) Menghalang komplikasi diabetes
Merendahkan gula dalam darah. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh paras gula dalam darah yang tinggi.

10) Menghalang tekanan darah tinggi
-Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, mengembangkan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti Arteriosklerosis (pengerasan arteri - dinding arteri menjadi keras dan kurang lentur kerana bahan lemak terkumpul dibawah lapisan sebelah dalam dari dinding arteri) dan myocardial infarction (blood clot - salur darah tersumbat lantas menghalang pengaliran darah pada otot jantung).

11)Memperbaiki masalah prostat dan kerap kencing pada golongan lelaki.

12) Hiperaktif dan austisma (ADD/ADHD)
Terbukti secara klinikal bahawa minyak ikan GLA memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.

#KelebihanGlaComplex

Fiza | 0179748731
Pengedar Sah Shaklee